Saturday 5 July 2008

Brownies...

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”


“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.





Friday 4 July 2008

Tanda-tanda Kecil Hari Qiamat

Firman Allah Ta'ala yg bermksud;

"..tidak ada yang mereka nantikan selain dari saat yang datang dengan tiba-tiba (KIAMAT) kepada mereka. Seseungguhnya tanda-tandanya telah datang. Tetapi apakah erti kesedaran mereka itu, jikalau saat yang dinanti-nantikan itu telah tiba.."


1. Diutuskan Nabi Muhammad S.A.W sbg rasulullah yg terakhir.
2. Golongan pemerintah (raja2, menteri2, amir2, ketua2) adalah dari golongan rendah yakni bukan dari keturunan mulia;baik pendidikan;luhur akhlak;sempurna kepimpinannya.
3.Banyak kaum Dajal,tukang berdusta yg mengaku bahawa dirinya adalah Rasulullah. (Kaum Dajal misalnya golongan Qadiani dan Baha-i)
4. Ilmu pengetahuan lenyap di muka bumi. (mksudnya ialah ramai org alim ulama agama telah wafat)
5. Berlaku banyak kegoncangan(brmksud banyak peristiwa2 berat yg ditanggung oleh umat mnusia spt tsunami,gempa bumi, dan taufan)
6. Zaman berdekatan sekali.(jarak2 yg berjauhan dpt dihubungkn dlm mse yg singkat)
7. Banyak timbul fitnah.
8. Banyak haraj. (pembunuhan)
9. Banyak harta sampai melimpah ruah.
10. Mnusia berlumba-lumba dan bermegah-megah membina bngunan yg tinggi-tinggi.
11. Mnusia berkejar-kejaran menjadi popular.(spt dlm kebanyakn rncangn realiti)


Dari Anas R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yg bermksud;

"..Saya diutus(oleh Allah) dan jaraknya dengan hari kiamat itu sebagai dua jari."

Yang Hidup Pasti Akan Mati

15 Jun 2008
Malam tu aku nga syok men game lps je smayang isyak. Ttbe mak aku btaw yg nenek aku msuk hospital. Katanya teruk sngt sbb kne strok. Dier suh aku bce yasin tuk nenek. Tapi aku tak baca pown. Cuma doa kn ksihatan nenek je dlm ati.

16 Jun 2008
Pagi ni aku pegi bank islam ngn abah tuk bayar yuran pendftaran INTEC, Lps tu blk r umah. Smpi sje umah dlm pkul 2 ptg cmtu abah dpt call dr pkcik aku kt hsptl. Katanya tekanan darah nenek sngt rendah. Nenek skrang dlm keadan spearuh koma. Mula2 abah rncang nk blk kg ujung mggu nie tp disebabkn berita trkni 2, dier trgerak ati kata nk blk arinie gak. Aku on je tp adek2 mngeluh sbb nk pegi sekolah (bajet je). Last2 blk la jgk ptg tu. Smpi dh dkt maghrib. Ingt nk trus singgah hsptl tp mak teh tepon ckp nurse xbg melawat lak. takpelah, kami trus blk kg.

17 Jun 2008
Pagi ni aku bgn awl lak smayang sbuh. Selalu dkt2 nk abes sbuh bru bgn. Pagi nie aku rase tenang je walaupun sedara mara rmai sngt kt cnie.Lps je smayang sbuh, mak lang suh aku bwak dier pegi hsptl . Aku ckp la okay tp xmndi2 lg. Layan lak komik doraemon. Lps 2 ttbe tepon umah brdering. Atok aku yg duk kt meja makn pown jwb. Lps je jwb tepon 2 atuk mnangis teresak-esak. Mak tam suh aku pgang atok sbb dier cam nk rebah da. Aku pown bwk dier duduk . Rupa-rupanya atok trime berita bhwa nenek telah ke rahmatullah. Tak lame lps 2 mak tam pulak menangis . Keadaan ttbe jd suram n pilu. Org yg plg kami syg akhirnya telah pergi nuat selamanya.Nenek dikebumikan arinie jgk. Aku bersama ahli keluarga lain yg tolong kambus jenazahnya di kubur. Ketika itulah kali terakhir aku dpt lihatnya.Mlm tu kami skeluarga buat tahlil untuknya.




Walaupown arwah sudah mninggalkn kami skeluarga. Namun arwah tetap berada dlm hati kami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al- Fatihah untuk arwah Hajjah Che Yang Binti Ismail....
Related Posts with Thumbnails