Monday 28 March 2016

Masalah Anak-Anak Muda yang Masih Belajar



Pernah ada seorang pensyarah aku dahulu pesan
"Despite the examination system uphold upon you all and you are given tonnes of assignments to comply with it, you must know that the reason you are here is to seek knowledge for knowledge itself, not just for the exam"  (Issoufou, 2015)
Aku paham sangat dengan statement dia tu sebab aku sendiri mengalami situasi yang dia hadapi tu. Kebanyakan pelajar di Malaysia ni belajar semata-mata kerana nak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sebelum ni aku pernah bekerja sebagai guru tusyen di sebuah pusat tusyen mengajar subjek matematik tambahan, fizik dan juga bahasa inggeris.



Yang menariknya bila aku mengajar subjek bahasa inggeris, tak kira la darjah 5 ke 6 ke tingkatan 3,4 atau 5, aku mengajar grammar basic yang sama. Maknanya apa di sini?  Seolah-olah budak-budak ni ada masalah amnesia tak ingat apa yang diorang belajar sebelum ni. Aku taklah sampai complain or cerita benda dengan budak2 tu sebab nanti mematah semangat pulak dan jugak buang masa. Mak bapak diorang bayar yuran mahal2 tuk bagi anak diorang belajar bukannya dengan rungutan aku. Haha..

Bila masuk universiti pon sama, setiap student wajib ambil subjek pendidikan Malaysia, hubungan etnik, isu2 kontemporari Islam tah pabenda dan macam2 lagi. Bagi aku buat apa nak amek subjek2 camtu yang kita dah belajar masa sekolah dulu dalam subjek kajian tempatan, geografi, pendidikan islam, dan sejarah. Dan kelas tu akan rasa bosan sebab benda-benda yang diajar tu semua kita dah tahu or paham serba sedikit. Namun apakan daya, terpaksa la jugak hadap kelas-kelas camtu tiga jam straight setiap minggu. Tapi bila berada di dalam kelas tersebut aku macam perasan sesuatu yang tak aku jangka. Budak2 dalam kelas tu majoritinya tak ingat pon yang diorang sebenarnya dah belajar dulu time sekolah. Jadi apa motif sebenar korang semua pergi sekolah dulu kalau sekarang baru beberapa tahun tinggal, dah lupa?

Kekeliruan matlamat dalam pembelajaran macam ni perlu diubah. Seseorang atau mana-mana organisasi kena buat rombakan atau perubahan dalam sistem pendidikan kita. Sebab berdasarkan sistem sekarang aku rasa macam matlamat nagara susah nak capai. Budak-budak semua terikat dengan peperiksaan sampai lupa yang diorng belajar itu untuk diorang guna di masa depan nanti. Takkan dapat la lahir modal insan yang diidamkan tu kalau selang penggal semester, apa yang dah belajar sebelum ni 70% lupa.


Benda ni mungkin tak berlaku sangat bagi golongan budak2 yang pandai and "creme de la creme". Tapi harus ingat, budak2 yang pandai ni minoriti je. Nak salahkan sistem sepenuhnya pon takleh jugak. Bagi aku benda ni kira macam masalah mentaliti dan budaya lah. Nak ubah mentaliti ni bukan senang, kau kena keluar dari kelompok mentaliti lama dulu baru boleh terima yang baru(yang lebih baik). Begitu jugak dengan budaya, kalau sorang dua nak start ubah budaya, memang tak jalan. Kena satu kampung ubah baru boleh jalan kot.

So pikir-pikirkan lah wahai adik-adik yang masih belajar sekalian dan yang akan sambung belajar. Tetapkan niat dan matlamat tu. Even dalam Islam pon ada ajar kaedah fikh al-Umur bil Maqasidiha yang bermaksud setiap perbuatan ditentukan oleh niat. Kalau kita niat betul nak belajar dan paham demi kegunaan di masa depan, insya Allah kita akan belajar betul-betul dan akan ingat sampai ke tua. Tapi kalau kita hanya pikir keputusan peperiksaan tu saja yang boleh menjamin masa depan, natijahnya kita akan ingat ilmu tu sampai abes jawab exam la, lepas tu lupa dah.



No comments:

Related Posts with Thumbnails