"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu
dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Showing posts with label Quote. Show all posts
Showing posts with label Quote. Show all posts
Monday, 21 January 2013
Saturday, 17 November 2012
Wajah
Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.
Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.

Monday, 5 March 2012
Perempuan dan comel
Di suatu hari di hujung minggu, sepasang suami isteri berjalan di kota Kuala Lumpur.
Isteri: Eh abang, tengok anak kucing tu. Comelnya..
Suami: Eh comel ke? Kucing terbiar tu. Jangan pegang nanti kena kurap dia.
Tiba di mid valley,
Suami: Haa sayang, nak beli kek yang mana satu untuk anniversary kita ni?
Isteri: Waa abang nak yang ni lah. Kek ni nampak comel sangat!
Suami:....... -_-"
Isteri: Abang tengok tu. Lelaki tu tengah dodoikan baby dia. Comel nampak.
Suami: Eh nampak ke rupa baby tu dari jauh. Mana sayang tahu comel?
Isteri: Memang la tak nampak tapi perbuatan lelaki tu, dodoikan anak dia. Nampak comel dan sweeet sangat!
Suami: (Hish.. Gila ke apa bini aku ni? Semua benda nak comel je)
Labels:
annoying,
entertainment,
Funny,
happy,
Quote
Friday, 11 February 2011
Kemanakah hala tuju kereta Malaysia?
"What i don't like about Korean's Malaysian's car is that you gonna sense the way it designed not from a man wanted to make a great car but by a corporation that simply want to make money"Jeremy Clarkson (Top Gear)
Baru-baru ini aku tengok Top Gear kat Youtube. Mula-mula syok la tgk kereta canggih-canggih macam Galardo, AM DB9, Mercedes E-Class bru tu n mcm2 lg. Pastu terdetik lak nak tengok pasal kereta Malaysia. Ingatkan takdelah tapi rupa-rupanya ada jugak. Yang sempat aku tengok kereta Kelisa, Savvy, Myvi dan Satria Neo.
Hasilnya sangat lah tidak memuaskan. Ada saja yang tak kena dengan kereta tempatan kita. Sekarang kereta terbaru Malaysia ialah Proton Inspira. Sebijik cam Mitsubishi Lancer cuma beza sket je. Buat kepala otak aku ni berfikir dan fikir - kenapa mesti sama dengan kereta yang sudah sedia ada? Sama jugak berlaku pada kereta Myvi, sebijik cam Toyota Passo. Sampaikan barang aftermarket Passo pun boleh pasang kat Myvi.
Wednesday, 8 December 2010
Baca Al-quran tapi tak faham maksud. Apa faedahnya?
"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".
Dengan tenang atunya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"
Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.
Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.
Thursday, 16 September 2010
It's Funny
Wednesday, 14 April 2010
Thought of A Day..
If you tell me, I don't know.
If you teach me, I know.
But if you show me, I learn.
My interpretation:
Our sight is better than our hearing. Hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)



