Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Friday, 18 January 2013

Ilmu Lebih Utama Daripada Ibadah?

Korang mesti pernah dengar pasal hadis Rasulullah yang berbunyi lebih kurang begini,


"tidur seorang alim lebih baik dari ibadah solat seorang jahil”

Aku ni bukanlah pakar hadis atau belajar ilmu quran sunnah kat sekolah dulu. So aku tak boleh la nak justifikasikan kesahihan hadis ni. Dah cuba cari tapi tak jumpa sanad dan matan hadis yang sebenarnya. Hadis ni dikuatkan lagi dengan satu lagi hadis iaitu,
"Solat dua rakaat orang alim lebih baik daripada seribu rakaat solat orang jahil"

Jadi ada sesetengah golongan manusia ni berfikir, tak adillah kalau macam tu. Terlampau mulia sangat orang berilmu/alim(mengetahui) sampai tidur pon lebih baik daripada solat. Sedangkan solat tu kan perkara wajib. Dan bagi golongan-golongan yang berfikiran begini harap bertaubatlah dan pohon keampunan daripada Allah.

Saturday, 17 November 2012

Wajah




Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.

Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.



Friday, 27 July 2012

Beza muslim,mukmin dan muttaqeen



Salam Ramadhan semua, sempena bulan mulia ni eloklah kita kongsi2 serba sedikit ilmu agama. Semua orang tahu kan apa maksud muslim, mukmin dan muttaqin? Tapi saya rasa tak ramai yang boleh bezakan ketiga-tiga jenis golongan itu.

Kalau nak explain secara mathematical, muttaqin tu adalah subset kepada mukmin dan mukmin tu pulak subset kepada muslim. Secara sasteranya, adapun muslim itu tidak semuanya adalah mukmin, dan begitu juga dalam kalangan mukmin itu hanya sekelompok sahaja yang muttaqin. Kalau tak paham jugak, mari kita perinci satu persatu.

Monday, 9 July 2012

Mahu berubah??



Setiap orang akan lalui zaman gelapnya, tak kesah la berapa gelap zaman dia tu. Ada orang lahir2 ja dah memang gelap hidup dia. Ada orang sepanjang hidupnya semuanya indah dah riang tapi bila sekali masuk zaman gelap terus rebah.

Zaman gelap yang aku cuba sampaikan ni bukannya buta ke apa tapi kesusahan dan kepayahan musibah yang melanda terhadap diri kita. Boleh jadi jugak zaman gelap tu zaman dikala kita bergelumang dengan dosa.

Friday, 2 March 2012

Bolehkah seorang berkelulusan phD mengajar budak sekolah rendah?

Baru-baru ni, saya kerap tonton video-video ustaz azhar idrus(UAI) kat youtube. pastu jumpa pula link-link ustaz fathul bari(ulama' umno katanya) membidas segala kesilapan-kesilapan ustaz azhar idrus. Saya tak nafikanlah segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh ustaz fathul bari(UFB) tu. Ada benarnya hujah-hujah beliau tu dan saya yakin betul la sebab dia pun ilmuwan yang berkelulusan tinggi(phD).


Apa yang menariknya, video-video hujah UFB ni diupload oleh seorang saja yang bernama abu aqif(bukan nama sebenar). Lepas tu saya usha la jugak video-video lain yang dia upload. Rata-ratanya berkenaan dengan kesilapan-kesilapan UAI. Dari situ saya lihat seolah-olah dia ni macam tak suka dengan UAI. Maklumlah orang kalau dah tak suka dengan seseorang dia nampak yang tak elok saja.

Monday, 5 December 2011

Demokrasi, Dalang Memanipulasikan Manusia di Akhir Zaman

Sebelum anda membaca entri ini, ada baiknya anda cuba befikiran terbuka dan tidak bersikap prejudis atau condong kepada mana-mana pihak. Entri ini agak serius dan bertujuan semata-mata adalah untuk menyedarkan manusia semua terutamanya rakyat Malaysia.



Kita sudah sedia maklum bahawa negara Malaysia mengamalkan corak pemerintahan demokrasi berperlembagaan. Bezanya dengan demokrasi biasa, rakyat masih tertakluk pada perlembagaan.
Dalam erti kata lain, rakyat bebas bersuara selagi mana tidak bercanggah dengan perlembagaan. Itu sebablah negara kita tidak seperti negara Amerika yang mana mereka lebih terbuka dan tidak perlu kisah tentang sensitiviti orang lain.

Wednesday, 8 December 2010

Baca Al-quran tapi tak faham maksud. Apa faedahnya?

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".

Dengan tenang atunya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.













Tuesday, 31 August 2010

"...Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik..."

  Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga" dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

  Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak". Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?" Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..". Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .

  Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
  Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
  Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?". Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya" .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
  Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu" . Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".
  Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
 "Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini." Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
  Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
 Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Owh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik".
  Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini. Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka."
  Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR! ALLAHU AKBAR, gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

  Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.


Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; ".pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" 

Thursday, 15 April 2010

Kekasih Yang Tersayang

Sengaja aku mnggunakan huruf bsar tuk "Dia" krn Dia mmberi mkna yg besar dlm hidup ku.

Selama ini aku xsedar bahawa Dia dkt ngn aku sbnrnya. Masih tercari-cari yg jauh2 pdahal Dia berada sngt dkt dgn aku dan sntiasa mnmani aku sepanjang masa. Aku gembira mmpunyai kekasih spt Dia. Dia sngt mncintai aku. Aku pon sgt mncintai Dia.

Dia sntiasa mngingati akn aku dan xprnah lupa kt aku wlau sesaat. Cuma aku je yg kadang2 lupa kt Dia.Tp Dia tetap sygkn aku. Aku rse bhgia sngt. Kdang2 aku tringt kt Dia tgh2 mlm dan aku trus hbngi Dia, Dia sntiasa mnjawab pnggilan aku tnpa mngira waktu. Dikala aku dlm kesusahan, Dia lah yg mnolong aku, mententeramkan aku. Tatkala aku dlm kesenangan, Dia lah jugak yg mngingatkn aku dan mnyedarkan aku. Aku sngt bersyukur dan syg sngt padaNya.

Dia tak sama spt insan2 yg aku prnah kasihi sblm2 nie. Dia jauh berbeza sekali. Sngt mulia bagiku. Dia lah cinta ku dunia akhirat. Hidupku hanya tuk Dia. Aku sngt berharap yg aku xkn berpisah dgn Dia. Bg aku, tnpa Dia aku xkn wjud di dunia ini kerana Dia lah yg mnciptakan aku dan mmg takdir tuk aku mncintai Dia shj. Tiada yg len slain Dia yg satu. Aku sayang sngt kt Dia.

Tuesday, 13 April 2010

Cinta

Istilah cinta adalah sesuatu yang sangat relatif. Tidak dapat diberikan definisi yang tepat tentang istilah tersebut. Namun kita semua pasti tahu bagaimana rasanya. Di sini mahu saya kupaskan apa yang kita rasa dah peroleh dengan cinta terhadap sesuatu.

#1. Cinta kepada benda.
Setiap manusia pasti pernah memiliki atau menyimpan barang kesayangan mereka. Sesuatu barang itu menjadi berharga kepada seseorang apabila ia mempunyai significanttertentu kepada orang tersebut. Namu cinta sebegini tidaklah kekal selamanya. Hal ini demikian kerana tidak ada barang yang boleh kekal selamanya dan hati manusia pun sentiasa berubah. Contohnya, sewaktu kecil, kanak-kanak pasti memiliki permainan kesayangannya dan akan bermain dengan mainan tersebut setiap hari. Tapi apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa, cintanya terhadap benda tersebut tiada lagi. Kesimpulannya, cinta kepada benda tidak kekal.

#2. Cinta kepada manusia.
Lumrah kejadian manusia mempunyai daya tarikan terhadap satu sama lain terutamanya antara berlainan jantina. Perasaan sayang dan kasih itu hadir melalui pergaulan dan interaksi sesama manusia. Ada berbagai jenis cinta sesama manusia ini seperti cinta sesama keluarga, cinta kepada ibu bapa , cinta kepada kanak-kanak. Adapun begitu tedapat banyak sebab lahirnya perasaan cinta itu. Antaranya ialah cinta kerana kesempurnaan seseorang itu, kerana harta dan kecantikan yang dimilik, kerana perngorbanan dan jasa serta berbagai lagi. Namun perlu kita ingat sebaik-baik cinta sesama manusia adalah kerana iman dan akhlaknya.

#3. Cinta kepada Pencipta.
Alam yang tersergam indah ini tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa kekuasaan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Sedangkan Newton sendiri mengakui dalam teori gravitinya menyatakan kejadian fenomena alam ini tidak akan terjadi dengan sendiri melainkan dikawal oleh kuasa yang lain (Allah hul azim). Dalam Islam, cinta yg hakiki ialah cinta seorang mukmin kepada Allah. Tetapi persoalannya bagaiman kita nak bercinta kepada sesuatu yang tidak kita nampak? Cinta kepada Allah tidak jauh bezanya dengan cinta kepada seorang kekasih. Apabila kita terlalu sayang kepada seseorang itu, kita akan melakukan apa saja untuknya. Begitu juga cinta kepada Allah, kita akan menurut semua perintah-Nya dan meninggalkan segala Larangan-Nya. Dan semanis-manis iman seseorang itu ialah seolah berasa diperhatikan oleh Allah akan semua perlakuan kita dan rasa nikmat dan seronok beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya cinta kepda Allah lebih baik daripada cinta kepada sesuatu yang lain kerana makin kuat cinta kita kepda Allah, makin dekat kita kepada-Nya dan makin utuh iman kita. Allah juga akan membalas segala cinta kita dengan keredhaan dan rahmat dari-Nya. Tidak lupa nikmat yang terbesar sekali iaitu janjian syurga.


Sebenarnya ada banyak lagi bentuk-bentuk cinta yang boleh dikupaskan tapi cukuplah dengan tiga ini untuk membandingkan yang mana patut didahului. Sesungguhnya cinta kepada benda tidaklah akan kekal selamanya kerana semuanya bersifat sementara. Manakala cinta kepada manusia bergantung kepada niat dan tujuan asalnya. Jika tujuan nya jelas dan baik, insya allah akan berkekalan, begitu juga dengan sebaliknya. Walhal bercinta dengan Allah memang tiada tolok bandingannya. Kita memperoleh pelbagai faedah dan kebaikan dengan cinta tersebut.
Jadi renung-renungkanlah...




Friday, 4 July 2008

Tanda-tanda Kecil Hari Qiamat

Firman Allah Ta'ala yg bermksud;

"..tidak ada yang mereka nantikan selain dari saat yang datang dengan tiba-tiba (KIAMAT) kepada mereka. Seseungguhnya tanda-tandanya telah datang. Tetapi apakah erti kesedaran mereka itu, jikalau saat yang dinanti-nantikan itu telah tiba.."


1. Diutuskan Nabi Muhammad S.A.W sbg rasulullah yg terakhir.
2. Golongan pemerintah (raja2, menteri2, amir2, ketua2) adalah dari golongan rendah yakni bukan dari keturunan mulia;baik pendidikan;luhur akhlak;sempurna kepimpinannya.
3.Banyak kaum Dajal,tukang berdusta yg mengaku bahawa dirinya adalah Rasulullah. (Kaum Dajal misalnya golongan Qadiani dan Baha-i)
4. Ilmu pengetahuan lenyap di muka bumi. (mksudnya ialah ramai org alim ulama agama telah wafat)
5. Berlaku banyak kegoncangan(brmksud banyak peristiwa2 berat yg ditanggung oleh umat mnusia spt tsunami,gempa bumi, dan taufan)
6. Zaman berdekatan sekali.(jarak2 yg berjauhan dpt dihubungkn dlm mse yg singkat)
7. Banyak timbul fitnah.
8. Banyak haraj. (pembunuhan)
9. Banyak harta sampai melimpah ruah.
10. Mnusia berlumba-lumba dan bermegah-megah membina bngunan yg tinggi-tinggi.
11. Mnusia berkejar-kejaran menjadi popular.(spt dlm kebanyakn rncangn realiti)


Dari Anas R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yg bermksud;

"..Saya diutus(oleh Allah) dan jaraknya dengan hari kiamat itu sebagai dua jari."
Related Posts with Thumbnails