Ramadhan datang lagi dan juga dengan cepat bakal mninggalkan kita. Bagi yang benar-benar mencari keredhaan-Nya, pemergian ini sngt menyedihkan. Tapi mungkin bagi kebanyakan org islam yg lain kedatangan syawal adalah sesuatu yg dinanti-nantikan atas pelbagai sebab. Oleh itu ingatlah apa sebenarnya yang kita perlu dan mahu cari di dunia ini. Samada keberkatan atau kebahagiaa di dunia yang sementara ini.
Bagiku, ramadhan kali ni semestinya tidak sama seperti yg lepas-lepas. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Kerap kali ingatan tentang tahun ni adalah ramadhan terakhir berlegar-legar di fikiranku. Maksud terakhir itu juga adalah subjektif. Mngkin ku tak sempat menjenguk lagi ramadhan tahun depan atau mungkin juga ku tidak lagi dapat merasa sambutan ramadhan dan aidilfitri sepertimana ku merasai sebelum-sebelum ni.
Oleh yg demikian ku telah cuba pelbagai perkara sepanjang waktu tersebut dengan harapan ku tidak menyesal kerana tidak dapat melaksanakannya di masa akan datang. Namun ada yang berjaya, dan ada juga yang mngecewakan. Tapi tak perlulah ku ceritakannya kerana mungkin akan mengaibkan seseorang, siapa tahu kan. Jadi dengan itu juga ingin ku mohon ampun dan maaf kepada semua orang. Sesungguhnya diriku ini tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.
Kepada keluarga, sahabat handai, rakan-rakan, dan kenalan, maafkanlah ku. Mngkin sepanjang perkenalan kita, ada saja perbuatan ku yang tidak disenangi. Ingatlah bukan disengajakan untuk mnyakiti kalian atau mungkin sekadar gurauan. Aku sayang kamu semua dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian. Moga-moga sempena aidilfitri kali ini ukhwah kita makin erat dan xkan putus selamanya.
(gambar ni gambar lama. Tak sempat nak buat yang baru. Sorry)
1 comment:
life must goes on
selamat hari raya
Post a Comment