Thursday, 10 February 2011

Aku yg memerhati, mendengar dan memahami...

Sudah sebulan lebih aku berada di bumi Eropah ini. Walaupun baru sebulan sudah dapat ku rasakn perbezaan kehidupan di sini dan kehidupan di tanah air ku. Bukanlah mksudnya aku ni kejutan budaya tapi sedikit sebanyak timbul di dalam hati ini - alangkah baiknya kalau Malaysia juga mampu buat seperti ini.

Hendak ku kata negara Jerman ni maju tidak lah sangat. Apa yang aku dapat perhatikan sebab kenapa negara Jerman ini begitu gah di mata dunia adalah pemikiran mereka yang maju. Kalau diperhatikan bandar-bandar mereka masih lagi mengekalkan ciri2 eropah klasik. Cuma di bandar-bandar besar sahaja ada bangunan2 pencakar langit yang canggih dan serba moden. Dengan pemikiran yang maju macam-macam boleh mereka kecapi. Alangkah bagusnya kalau rakyat Malaysia berpikiran begitu juga.





Selama sebulan aku berada di sini, tiba-tiba timbul dalam benak hati ini yang aku mahu menjadi pemimpin dan ingin membawa perubahan yang positif di negaraku tercinta, Malaysia. Pernah ku bicarakn hal ini kepada rakan-rakan seperjuanganku di sini. Mereka juga sependapat dengan aku - maaf cakap, Malaysia hanya cantik di luar tetapi hakikatnya tidak lah elok mana dan rakyat Malaysia hanya mahu berada di tahap selesa. Mereka tidak mahu bersusah-payah dan membelanjakan wang untuk kepentingan masa depan. Senang kata rakyat Malaysia memiliki pemikiran yang 'shallow' atau cetek. Adapun orang Malaysia yang kononnya telah sedar dan berfikiran terbuka tetapi meraka hanya mampu berkata-kata (sama gak cam aku ni). Tidak ada sebarang tindakan 'bijak' yang diambil.

Bayangkan, Malaysia memiliki sumber minyak yg berkualiti tinggi. Tapi tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang dapat menggunakan minyak itu. Selama ini, kita hanya guna minyak import, atas alasan minyak kita mahal - kalau satu tong minyak kita jual dapat tiga tong minyak dari arab. Macam itu lagi untung kita. Tapi siapa yang untung sebenarnya? Kenapa Malaysia masih ada orang yang masih "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang"?



Berbalik kepada cerita pemimpin tadi, perubahan yang saya nak ubah mula-mula ialah pemikiran. Macam mana? Sudah tentu bermula daripada sekolah. Di sini (Jerman) pelajar-pelajar dididik untuk berdikari dan berani bersuara. Pembelajaran di sekolah bukan saja 'cikgu terang murid pahamkan' tapi juga ada sesi perbincangan di mana cikgu memberi tajuk dan murid-murid bersama-sama berbincang mengenai tajuk tersebut. Di Malaysia, murid-murid hanya patuh dan dengar saja kata guru2. Bila guru tanya, hanya ada dua tiga orang yang menjawab dan orang itu lah juga yang akan jawab setiap soalan daripada guru2 subjek lain. Yang lain hanya mampu mendiamkan diri atau berborak dengan rakan sebelah. Sehinggakan ada statistik menunjukkan bahawa perkara yang manusia paling takut ialah bercakap di hadapan khalayak ramai. Perkara kedua paling takut barulah mati.



Perkara kedua yang saya ingin sangat berlaku di Malaysia ialah kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar. Di Jerman pembuangan sampah yang mereka amalkan sangat tersusun. Mereka boleh asingkan kepada kertas, kaca, bio(brg makanan), dan sampah lain (plastik dan tin). Sistem ini bukan sahaja di amalkan di luar tapi jugak dalam rumah. Setiap rumah mesti ada paling kurang tiga jenis tong sampah. Bila diperhatikan amalan ini sangat bagus untuk diamalkan di Malaysia. Dan bila aku beritahu kepada rakanku, dia memberi respon negatif. Katanya,

"Kat Malaysia tak boleh buat sebab orang Malysia mana maw buat benda-benda macam ni. Leceh! Sedangkan sekarang pun ada tong sampah tapi still buang sampah merata-rata."



Tapi bila difikir-fikirkan... Susah nak jadi pemimpin atau ahli politik ni. Dugaan dan cabaran banyak. Seolah-olah nak mandikan kerbau yang berendam di lumpur, akhirnya sendiri yang kotor dek lumpur. Bukan tak berani cuba tapi contoh dah ada. Tak perlu la disebut, nanti kena banned lak.

Harap-harap lah orang Malaysia mempunyai kesedaran dan berubah dengan cara yang betul. Jadi janganlah pulak kita tunding jari siap yg salah, siapa yag benar. Lihatlah diri sendiri dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Bila semua orang memiliki pemikiran kelas 1, insya allah dapat kita capai apa yang kita hendaki. Wallahualam..


No comments:

Related Posts with Thumbnails