Monday, 9 July 2012

Mahu berubah??



Setiap orang akan lalui zaman gelapnya, tak kesah la berapa gelap zaman dia tu. Ada orang lahir2 ja dah memang gelap hidup dia. Ada orang sepanjang hidupnya semuanya indah dah riang tapi bila sekali masuk zaman gelap terus rebah.

Zaman gelap yang aku cuba sampaikan ni bukannya buta ke apa tapi kesusahan dan kepayahan musibah yang melanda terhadap diri kita. Boleh jadi jugak zaman gelap tu zaman dikala kita bergelumang dengan dosa.



Semua orang sedar dengan hakikat tu dan semua orang juga mahu berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Tapi persoalannya ialah bila dan bagaimana. Berdasarkan pembacaan aku selama aku jadi ulat buku masa kat sekolah dulu, memang ada waktu tertentu yang membolehkan kita berubah dengan mudah. Ada jugak waktu bila mana nak melakukan satu perubahan sikap itu tersangat lah payah.

Waktu yang sesuai untuk berubah tu mestilah waktu kita masih muda. Umur yang paling senang untuk berubah ialah umur antara 16-19 tahun. Waktu itu minda kita sangat lah terbuka dah mudah meresap segala pengaruh2 yang ada di sekeliling kita. Kebanyakan remaja pada usia ni lebih cenderung untuk cuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Mereka juga sangat "volatile" dalam erti kata yang lain darah panas, mudah memberontak. Jadi pada adik2 yang masih dalam lingkungan umur tersebut, hati-hati lah. Jangan buat tindakan melulu dan cuba lah dapatkan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman.


Manakala waktu yang paling susah untuk kita berubah ialah ketika umur kita mencecah umur 40 tahun ke atas. Waktu ini, otak kita sudah sangat stabil dan matang. Badan kita sangat susah untuk meresap pengaruh2 baru yang datang lagi. Ada pun pengaruh yang datang tu kita hanya mampu tafsir dan kaitkan dengan diri kita sahaja. So pada sesiapa yang masih rasa dirinya belum berada di tahap yang baik atau masih bergelumang dengan dosa, berubah la sebelum kita mencecah umur 40 tahun.



Jadi aku nak fokus kat sini tentang perubahan sikap jela kot. Sebab dari sikap, kita mampu mengubah nasib kita dan seterusnya hala tuju hidup kita. Perkara yang penting untuk berubah ialah usaha, istiqamah dan tawakal.

Usaha tu tak perlu lah terlalu drastik, tapi biarlah sedikit demi sedikit. Walaupun sikit itu tidak begitu memberi kesan tapi adalah lebih baik dengan adanya istiqamah yakni berterusan melakukannya.Untuk istiqamah itu tidak lah senang tapi itulah perlunya tawakal kerana segala perlakuan kita ini adalah ketentuan dari-Nya. Jangan sesekali fikir yang segala hasil yang kita dapat ini adalah datang dari usaha kita semata-mata kerana walau kuat usaha macam mana pon tapi tidak ada rasa tawadduk(merendah diri) dan tawakal kepada Allah, tiada gunanya.

Usaha yang perlu untuk merubah sikap yang tak elok kepada yang elok tu perlu la dilakukan lebih dari 3 bulan. Sebabnya, sesuatu perlakuan yang kita lakukan selama sebulan akan jadi amalan dan jika tiap hari kita lakukan selama 3 bulan, insya Allah ia akan jadi tabiat. Dengan kata lain, segala perbuatan dan tingkah laku yang dilaksanakan secara berterusan akan menjadi rutin kita dan tak perlu lagi ada paksaan untuk melakukannya, manakala segala sifat atau perangai yang dilakukan selama 3 bulan itu akan membentuk akhlak dan perangai kita.


Jadi selamat mencuba lah ye untuk berubah kepada yang lebih baik. Good luck! ^.^

No comments:

Related Posts with Thumbnails