Aku sebenarnya tak tahu la kenapa best sangat nak bercerita pasal budak2 batch aku ni.
masa kat intec dulu dah macam2 cerita berlaku. Aku ingat cukup la sampai situ saja tapi rupa2 nya tak.
Kini cerita2 tu kembali digossipkan oleh senior2 aku pulak.
Kira menarik jugaklah kan batch aku ni. Sampaikan senior yang memang tak kenal kami masa dekat intec dulu pun tahu menahu psal hal2 ALG12. Aku tak tahu la apa orang lain akan fikir tapi bagi aku, senior2 ni mungkin ambil berat kot pasal junior tapi dengan cara diorang tersendiri la.
Isu pertama yang selalu diorang bercerita ialah pasal perempuan. Yela maklum lah ALG ni majoritinya lelaki. So cerita pasal awek ni agak common la. Mulanya tanya siapa budak2 perempuan batch aku. Then tanya pulak, lawa ke tak. Adoi... Kalau jujur nanti kata mulut jahat. Jadi cakap jela tak tahu sebab memandangkan budak2 perempuan batch aku ni hampir kesemua dah ada balak.
Lepas tu ada pulak keluar cerita papa mama. Ini lagi tak boleh blah. Even aku pun tak pernah tahu pasal ni sebelum2 ni tapi senior2 aku dah tahu dah. Diorang ni rajin jugak duk usha blog2 junior. Nasib baik tak ada siapa2 yang nak condemn pasal blog aku. Fuhhh... Aku taknak la kupas lebih2 pasal hal ni. Nanti org kata pula ibarat membuka pekung di dada. Hohoho... Kepada siapa2 yang paham tu senyap2 jela. Kalau yang tak paham tu, pm me ok? Haha..
Then ada pulak keluar cerita pasal rampas di selekoh. Aku mula memang tak nak la cerita pasal ni sebab boleh buat gaduh. Tapi lama2 diorang pancing last2 tahu jugak cerita sebenar. Adoi, rasa bersalah pulak. Tapi setakat nak tahu saja tak apalah. Asalkan jangan mulut tempayan sudah.
So berdasarkan cerita2 yang berlaku ni boleh la aku simpulkan yang batch aku ni memang menarik tuk diceritakan. Even orang yang tak fly ke Jerman pon senior aku tahu. Famous amous betul la. Hahaha...
No comments:
Post a Comment