Wednesday, 6 July 2011

Mari Menonton Drama Melayu

Semenjak duduk di negara orang ni rasa nak tengok cerita melayu tu makin melonjak-lonjak. Dulu kat Malaysia tak teringin sangat pun. Tengok drama pun bila mak buka, jadi join sekali lah.

Tapi sekarang sanggup bersusah payah mencari dan download dram2 melayu. Yela, bila buka tv semua cakap Deutsch. Even cerita orang puteh Amerika tu pon diorang dubbing ke bahasa jerman. Atoyaii punnn....

Antara drama yang aku dah habis tengok dan aku rasa cambest ialah drama Nora Elena. Drama ni agak feymes jugakla di Malaysia dan pelakon2 nya juga mantopp2. Pastu yg baru2 ni Juvana. Memang nampak la perkembangan idea nak buat cerita melayu zaman sekarang ni. Banding dengan dulu (dalam 5-10 tahun dulu) kebanyakn cerita pasal cinta yang terhalang, masalah ahli2 korporat yg corrupt dan lawak komedi yang membodohkn diri pelakon itu sendiri. Ish3..

Tapi yang pelik nya kenapalah anak-anak muda zaman sekarang ini (macam dah tua sangat je rasa) lebih gemar mengikuti drama-drama dari negeri orang. Macam suatu ketika dulu ramai suka menonton drama-drama bahasa sepanyol. Macam Secreto de Amor, La Lola, Maria Mercedes, dan macam-macam lagi. Lepas tu datang pulak gelombang drama dari negara jiran kita, Indonesia. Padahal cerita nya taklah bagus mana. Tapi memang hit satu malaysia dan setiap lapisan umur meminati drama tersebut. Sekarang ni pulak fenomena drama korea dan jepun. Sampaikan gadis-gadis yang mengikuti drama-drama korea ni berangan-angan nak kahwin dengan artis korea pujaan mereka tu. Siap tukar gambar profil kat facebook lg. Adoiyyaiii...







Bila ditanyakan tentang kenapa mereka suka menonton drama korea walhal banyak je drama-drama melayu yang hampir serupa dan ada juga yang lebih baik daripada drama dari negara orang tu. Hampir semua menyatakan bahawa pelakon-pelakon dari korea ni hensem-hensem dan comel lote. Lepas tu cerita melayu semuanya lebih kurang je. Tak menarik macam cerita korea dan jepun.



Bila diteliti balik jelas dapat kita lihat yang masyarakat Malaysia zaman sekarang ni seolah-olah sudah bosan dengan budaya sendiri. Oleh sebab itu mereka lebih gemar tonton filem dan drama luar negara sebab budaya yang dipamerkan dalam cerita tu tidak ada di Malaysia. Menyedari akan hal ini, ramai juga pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit tempatan sudah mula untuk keluar dari kepompong dan cuba meniru jalan cerita dari filem-filem dan drama-drama luar negara. Lepas tu habis kena condemn dengan masyarakat kita. Kononnya tak melambangkan budaya Malaysia la, lepas tu nak tiru tapi tak jadi. Ada saja cacat celanya.



Jadi siapa yang salah sebenarnya? Patutkah penggiat seni sinematografi negara harus mengekalkan idea-idea lama yang mengandungi unsur budaya tempatan atau meneruskan saja dengan menciplak idea dari filem-filem luar. Atau lebih baik rakyat Malaysia sendiri yang patut cuba memperbetul dan memperkasakan budaya sendiri supaya dengan itu dapat la kita banggakan drama-drama tempatan yang mempamerkan latar masyarakat yang baik dan elok. Sekian~

No comments:

Related Posts with Thumbnails