Mula-mula jumpa terpikat dengan wajahnya. Rasa teringin nak berkenalan dan rapat dengan dia.Nak kenal secara terus malu, kenalah cari alternatif lain. Mula2 tanya kawan2 pastu cari kat facebook. Dah jumpa poke dan add. Bila fb dah approve, seronok bagai nak gila. Kemudian mulalah berchatting dekat fb. Dah dekat seminggu berchatting mula mintak nombor.
Mengejar
Bila dah mula berkenalan, rasa angau tu terlalu tinggi dan mula memberi komitmen sepenuhnya. Kalau boleh sepanjang masa nak bersama. Bila bosan cari dia, bila ada masalah cerita dan kongsi dengan dia. Call dan sms tak payah cakap la, memang banyak. Phone berbunyi je sanggup tinggalkan kerja sebab nak jawab phone tu. Di fb, stalk semua gambar2 dia, like semua post dia.Hari makin hari hubungan bertambah mesra. Walaupun belum official lagi tapi masing-masing berkongsi kisah masing2 dan selalu berjumpa, dan akhirnya masa yang sesuai sudah tiba. Masa itulah lamaran untuk bercouple dilafazkan dan si dia menerimanya dengan hati yang terbuka.
Bulan Madu
Masa ni tidak ada malu2 dan segan2 dah. Segala perasaan diluahkan dengan mudah sekali. Panggilan2 manja mula digunakan, ayang, hubby, papa,mama,anje. Hidup terasa bahagia sungguh. Semua benda rasa manis. Bila sehari tak contact, mulalah post dekat fb rindu awak, sayang awak, mmuahh2 dan macam2 lagi. Hari berganti hari, setiap maklumat tentang dia sudah tahu termasuklah keluarga, kisah lampau, minat dan rutin harian. Kemudian berkongsi pula tentang impian masing2.
Selesa
Bila semua benda kita dah tahu, semangat pun tidak sama macam dulu. Semua benda yang dilakukan bersama tidak seghairah dulu. Terasa macam normal dan tidak ada apa2 yang istimewa. Kadang2 bila phone berbunyi pon tidak beriya-iya lagi tuk menjawab sebaliknya menyelesaikan dahulu tugas atau kerja yang sedang dilakukan. Masa inilah dapat tahu perangai sebenar masing-masing. Tidak lagi cover2 macam dulu. Dan masa ini jugalah salah seorang akan mengambil kesempatan dengan pasangannya. Bila ajak jumpa, si dia akan mula memberi alasan sebab tidak ada mood untuk keluar berjumpa begitu juga sebaliknya. Kadang2 bila sms atau call, tidak ada modal untuk bercerita dan perasaan jemu mula timbul. Walaubagaimanapun sayang tetap sayang. Selepas itu akan timbul rasa bahawa pasangannya telah berubah mengikuti masa dan kemungkinan salah seorang akan berhenti mencuba.
Perumitan
Pada waktu ini pergaduhan dan pertengkaran sering berlaku. Bila ada masalah atau hari yang tidak baik, segala benda akan dihempaskan kepada pasangannya. Salah faham sedikit mulalah nak sensitif dan bergaduh. Kemudian mengungkit-ungkit pasal benda lain seolah-olah mahu melanjutkan lagi perbalahan. Bila keadaan kembali reda, satu pihak cuba untuk bertegur sapa dan satu pihak lagi akan buat2 seperti tidak layan. SMS pon balas sepatah2 saja. Walaupun hubungan masih on tapi masing2 cuba mengelak untuk berhubung sebab tak mahu berbalah lagi. Tumpuan mula dialihkan kepada kawan2 lain. Tengok di fb si dia berkomen dengan kawan lain yang berlainan jantina. Rasa cemburu mula menguasai diri dan mula menegur kenapa itu kenapa ini. Si dia pula terasa seperti dikongkong apabila ditanyakan sebegitu.
Putus(Breaking up)
Pergaduhan dan pertengkaran membuatkan diri rasa tak tahan lagi. Walaupun cuba untuk memulihkan keadaan tapi terasa terlalu sukar. Disebabkan ini, semua kerja lain terbantut. Tak boleh nak fokus pada sesuatu benda. Dan akhirnya terpaksa melepaskan dia demi kebahagiaan masing2. Walaupun rasa berat di hati tapi inilah jalan yang dirasakan terbaik. Masing2 meneruskan hidup dengan arah yang berlainan. Tidak lagi berkongsi cerita bersama.
Kekosongan
Bila si dia sudah tidak ada, kehidupan mula berubah. Rutin harian pun mula berubah. Kalau dulu malam2, sibuk bersms dengan si dia tapi kini tidak lagi. Hari2 melihat phone dengan harapan si dia akan kembali menghubungi. Kemudian salah seorang akan meneruskan kehidupan dengan mencari teman baru. Bila seorang lagi tahu, perasaan sedih dah iri hati mula timbul, mungkin kerana masih tak dapat lupakan kenangan lalu. Walaupun cuba untuk berkawan kembali tapi ia tidak akan sama seperti dulu. Lalu kehidupan akan diteruskan dan akan berjumpa dengan orang baru. Maka perkenalan akan terjadi semula dengan orang baru itu dan seterusnya......
Zaman sekarang ni perhubungan tidak berpanjangan dan sering bertukar-tukar pasangan. Ada yang nampak ianya seperti kelakar dan adalah yang nampak pelik, tapi itulah yang selalu berlaku. Hal ini demikian kerana niat pada mulanya tidak betul. Bercinta sesama manusia bukan sebab kita suka sama suka sahaja tapi biarlah kita bercinta kerana tuhan dan kehidupan abadi selepas kematian. Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment