Kita ambil contoh yang ideal la ye, sebuah keluarga yang bahagia, ibu dan ayah sangat mengambil berat tentang anak2nya. Si ayah membanting tulang bekerja pagi ke petang untuk menyara keluarga manakala si ibu pula sibuk menguruskan hal rumah; memasak, mengemas, mengasuh anak dan macam2 lagi. Tapi sebagai seorang anak, kita tidak akan nampak perkara itu sebagai satu pengorbanan yang sungguh murni dan suci sebab kita lahir2 sahaja memang dah berlaku pun. Jadi bagi anak2 yang belum berfikiran matang, mereka mungkin akan rasa itu adalah rutin dan tanggungjawab harian sahaja. Tetapi perkara itu tidak sedikit pun diungkit oleh mak ayah kita sebab mereka faham dan berharap yang kita akan mengerti sendiri dan menghargainya.
Jadi oleh sebab tidak nampak pengorbanan itu, pabila meningkat usia remaja kita mahukan mak ayah kita faham dengan kita dan menuruti segala kehendak kita sebab bagi kita itulah kasih sayang yang kita mahukan. Kalau mak ayah mengongkong kebebasan kita itu tandanya mak ayah tidak sayangkan kita. Kita merasakan ini tidak adil, kenapa kawan2 kita yang lain mak dan ayahnya boleh benarkannya buat itu dan ini tapi tidak mak dan ayah kita?
Bila kita dah meningkat remaja, apa yang kita mahukan ialah kebebasan. Masa itu kita rasa yang kita ni dah cukup matang, tahu beza baik dan buruk. Tapi bila benda yang kita suka dan rasa baik tu tidak baik bagi kedua ibu bapa kita, kita katakan yang mereka ni tidak faham kita tanpa fikir apa sebab mereka berpendapat begitu.
Sebagai contoh, kita nak keluar dengan kawan pergi makan-makan. Lepas itu mintak kebenaran dengan mak ayah nak keluar naik motor pegi jumpa kawan. Mak kata tanya ayah sebab motor tu bukan mak punya Bila tanya ayah, ayah kata tak bagi sebab kita tak ada lesen lepas tu rumah kawan tu jauh. Malang tidak berbau, silap2 boleh accident tak pon kena saman dengan polis. Tapi lepas tu kita tak fikir logiknya alasan tu, sebaliknya terus buat kesimpulan:
1. "Mak dengan abah ni bukan nak percaya dengan anak sendiri. Orang dah besar la, tahula jaga diri."
2. "Ish, orang bukan nak pergi enjoy teruk2 pon. Nak jumpa kawan saja, takkan itu pon tak boleh."
3. "Apela mak abah ni, tahu nak mengongkong anak je, Macam ni ke kata sayang anak?"
(Dialog2 ni cakap dalam hati saja)
Kemudian akan terjadi salah satu perkara iaitu:
Kes pertama: Kita tak jadi pergi keluar makan dengan kawan.
Kita terus merajuk masuk bilik, berkurung dalam bilik tak mahu makan minum. Mak ayah panggil kita turun makan tapi tak menjawab. Tunggu sampai mak ayah dah masuk tidur baru la senyap2 keluar bilik pergi dapur cari makan. Kalau ada lagi makanan kira nasib baik lah kan, dalam hati cakap, "Nasib baik ada lagi, sayang lagi rupanya mak ayah aku ni. Ingat dah tak ingat langsung dah kat aku." Sempat lagi mengata kat mak ayah kan. Tapi sepanjang waktu merajuk tu tak terfikir pon apa logiknya pesanan ayah kita tadi. Kalau betullah benda yang ayah kita beritahu tu terjadi siapa yang kena bertanggungjawab? Siapa yang nak bayar kos perubatan/saman polis tu? Kita kah? Semestinya tidak sebab kita bukan ada duit, duit belanja hari2 pun ayah kita beri.
Kes kedua: Kita pergi jugak senyap2 dan keluar makan dengan kawan.
Dah dapat tu memang seronok la kan. Pastu siap eksyen lagi, "Aku pergi tak ada masalah pon. Kenapa lah ayah aku nak risau sangat." Bila dah puas berseronok dengan kawan balik rumah siap badan la. Kalau mak bapak yang sopan sikit, paling kuat pon kena marah dan berleter jela kot. Kalau yang jenis otai sikit, memang kena bantai la dengan rotan. Hahaha.. Lepas dah kena tu kita pun merajuk masuk bilik jugak. Nak buat konon situasi tu macam kita la mangsa keadaan. Punyalah bodoh tak fikir yang kita yang derhaka sebenarnya. Buat dosa ingkar mak ayah tak nak mintak maaf. Lebih elok kita berdosa dengan Allah sahaja daripada kita berdosa dengan manusia biarpun manusia tu mak dan ayah kita sendiri. Sebab Allah tu maha pengampun, dosa besar macam mana pun kalau kita betul2 ikhlas taubat akan diampunkan jugak, insya Allah (bukan nak suruh buat dosa banyak2 dengan Tuhan ye, kalau boleh elakkan lah) tapi manusia ni ada toleransinya, bukan mudah untuk manusia memaafkan kesalahan orang lain.
. . . .
Ada orang kian besar, kian baik pemahamannya dan mulai sedar akan perbuatan seperti di atas tidak patut dilakukan dan tahu yang mak ayah buat semua adalah untuk kebaikan kita, tak terlintas langsung untuk menghancurkan atau menganiaya kita. Tapi ada juga orang kian besar kian bengap dan ego. Bila ada masalah menghimpit dirinya waktu itu dia akan salahkan mak ayah dia, seolah-olah kalau mak ayah dia tak larang macam2 kat dia dulu tentu dia tak jadi begini.
Kita kena ingat yang dalam dunia ini tidak ada orang lain yang boleh kita percaya melainkan keluarga kita sendiri. Keluarga kita lebih mengenali kita sebab mereka dekat dengan kita. Tapi bila kita dah buat 'taik' dengan keluarga kita sendiri, dengan siapa lagi kita nak bergantung? Walaupun kita hanya ada masalah dengan mak dan ayah kita tapi dalam sebuah keluarga semua orang akan merasa sakitnya hati bila salah seorang derhaka pada mak ayah kita. Abang dan kakak mana tak marah kalau adiknya kurang ajar dengan mak ayah? Adik mana tak rasa meluat tengok abang/kakak-nya cakap kasar, marah2 dan tengking2 dengan mak ayah? Akhirnya satu keluarga akan benci kita.
Bila dah jadi macam tu, kita mungkin akan rasa ego dan konon menyahut cabaran iaitu kita tak perlukan keluarga langsung sedangkan kita ada banyak lagi kawan2 boleh bantu kita. Tapi sampai bila kita dapat hidup macam tu? Kawan pun ada keluarga sendiri, ada masalah tersendiri. Jadi takkan dia nak tolong kita saja kan. Ingat yang kita ni bukan sentiasa di atas, sampai masa kita akan rebah tersungkur mencium bumi. Kawan2 kita masa tu mungkin akan ketawakan kita saja dan ada juga yang larikan diri buat2 tak kenal. Tapi yang akan bangunkan kita balik sudah tentulah saudara mara keluarga kita sendiri.
Jadi tolonglah jaga keharmonian keluarga kita. Kalau bergaduh tu boleh tapi janganlah lama2 sangat. Kalau ada buat salah silap tu mintak la maaf cepat2 lepas tu jangan buat lagi. Kalau buat balik, sekali lagi ok, dua kali pon berat tapi masih boleh dimaafkan tapi kalau berkali-kali memang tiada maaf bagimu lah. Kalau dah berjaya tu janganlah lupa akan kedua orang tua kita. Berbaktilah dan sayangilah mereka selagi mereka masih hidup kerana itulah harapan mereka pabila anda dilahirkan.
Untuk golongan remaja di luar sana yang merasa ibu bapa mereka seperti mengongkong dan terlalu tegas, ingatlah ada sebab nya mereka buat begitu. Kalau anda rasakan mereka tidak percayakan anda, buatlah sesuatu yang boleh meyakinkan mereka. Contoh kita nak kerja tapi tak boleh sebab tak boleh diharap, jadi buktikanlah yang kita mampu bekerja dengan baik dengan melakukan kerja2 rumah. Ini nak kemas bilik pon malas ada hati nak kerja shopping mall, lipat2 dan susun2 baju kat mall tu. Fikirlah deyy!!!

No comments:
Post a Comment