Friday, 6 July 2012

Isu Minyak Tak Akan Pernah Selesai

Baru-baru ni harga minyak dunia turun, jadi kerajaan Malaysia pun ambil inisiatif untuk turunkan harga minyak dalam negara kita jugak. Tapi hanya RON97 je, RON95 tak turun. Lepas tu mulalah orang ramai merungut, katanya rakyat Malaysia ni kebanyakan guna RON95 bukannya RON97. Jadi tak ada beza lah turunkan harga minyak RON97 saja. Patutnya turun dua-dua sekali baru fair.





Mungkin ramai yang tak tahu yang kerajaan dah umumkan awal2 lagi, bahawa hanya RON97 sahaja yang ikut harga apungan, bermaksud mengikut harga semasa minyak dunia. Sementara RON95 di bawah kawalan harga kerajaan, bermaksud minyak ni disubsidi oleh kerajaan dan segala naik turun harga minyak adalah ketetapan kerajaan.

Berdasarkan fakta tersebut jelas kita tahu yang untuk minyak RON95 kerajaan hanya mengurangkan subsidi minyak saja, sebab tu harga tak berubah. Dan disebabkan kes itu segelintir rakyat Malaysia complain. Katanya kerajaan tipu rakyat la ape la.

Bagi aku, isu ni tak perlu la nak kecoh sangat. Cuba ambil sepositif yang mungkin. Seharusnya kita harus bersyukur yang harga minyak tak naik. Kita kena set mentaliti kita bahawa petroleum akan semakin berkurang dan tak akan bertambah. Jadi sudah tentulah dari tahun ke tahun harga minyak akan meningkat sebab sumber berkurang. So sepatutnya kita tak perlu bising sangat dan bersyukur harga minyak tak naik lagi.



Yang menjadi masalahnya mentaliti rakyat Malaysia ni kebanyakannya pentingkan harga bukan kualiti. Kita kalau boleh nak benda tu semurah yang mungkin. Kalau ada free lagi baik daripada yang berbayar. Disebabkan mentaliti macam ni lah, banyak kes orang tipu meniaga barang dengan lucky draw yang datang rumah ke rumah tu. Kononnya kalau gores ni dapat barang dengan harga yang murah. Last2 kena tipu, bayar memang murah tapi pakai sebulan je dah rosak. Siapa yang bodoh?

Aku tahu pandangan aku ni ramai yang tak sependapat sebab aku fikir ni pun sorang2 je secara logik berdasarkan fakta di atas. Bukannya buat muzakarah dengan orang2 lain. Kalau korang tak setuju tak apalah, aku tak marah. Kalau korang ada pendapat tersendiri boleh la kongsi. Cuma apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah sikap dan mentaliti. Perbetulkan pemikiran kita dan cuba lihat dari dua2 belah pihak. Jangan kerana kita sokong pihak kanan, apa yang pihak kiri buat semuanya tak betul. Manusia ni bukan sempurna, kalau yang baik pun tak terlepas dari buat salah. Wallahualam...



No comments:

Related Posts with Thumbnails