Hendak ku kata negara Jerman ni maju tidak lah sangat. Apa yang aku dapat perhatikan sebab kenapa negara Jerman ini begitu gah di mata dunia adalah pemikiran mereka yang maju. Kalau diperhatikan bandar-bandar mereka masih lagi mengekalkan ciri2 eropah klasik. Cuma di bandar-bandar besar sahaja ada bangunan2 pencakar langit yang canggih dan serba moden. Dengan pemikiran yang maju macam-macam boleh mereka kecapi. Alangkah bagusnya kalau rakyat Malaysia berpikiran begitu juga.
Thursday, 10 February 2011
Aku yg memerhati, mendengar dan memahami...
Hendak ku kata negara Jerman ni maju tidak lah sangat. Apa yang aku dapat perhatikan sebab kenapa negara Jerman ini begitu gah di mata dunia adalah pemikiran mereka yang maju. Kalau diperhatikan bandar-bandar mereka masih lagi mengekalkan ciri2 eropah klasik. Cuma di bandar-bandar besar sahaja ada bangunan2 pencakar langit yang canggih dan serba moden. Dengan pemikiran yang maju macam-macam boleh mereka kecapi. Alangkah bagusnya kalau rakyat Malaysia berpikiran begitu juga.
Labels:
BTN,
Education,
German,
Malaysia,
Relationship; Friends
Wednesday, 8 December 2010
Baca Al-quran tapi tak faham maksud. Apa faedahnya?
"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".
Dengan tenang atunya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"
Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.
Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.
Thursday, 16 September 2010
It's Funny
Wednesday, 8 September 2010
Bukan senang mahu lelaki menitiskan air mata.
Bukan ingin membuka pekung di dada.
Cuma ingin mengurangkan beban.
Sakit hati ini yang teramat siapa yang tahu.
Hanya Tuhan yang mampu memahaminya.
Tanpa disedari air mata pun mengalir.
Rasa sebak dan hampa yang teramat di dada ini.
Tidak sangka perkara sebegini akan berlaku.
Mungkin inilah kebenarannya.
Mahu melupakan atau teruskan tabah.
Masih belum dapat diputuskan.
Mungkin belum masa.
Atau mungkin sudah terang tidak diingini.
Cuma diri ini yang masih mahu menafikannya.
Terang-terang diperlakukan seperti orang asing.
Mengapa masih mahu memberi peluang.
Bukankah masih banyak lagi pilihan di luar sana?
Mungkin inilah kehebatannya....
(lu pikir la sendiri)
Monday, 6 September 2010
Erti Adilifitri pada taun ni.
Ramadhan datang lagi dan juga dengan cepat bakal mninggalkan kita. Bagi yang benar-benar mencari keredhaan-Nya, pemergian ini sngt menyedihkan. Tapi mungkin bagi kebanyakan org islam yg lain kedatangan syawal adalah sesuatu yg dinanti-nantikan atas pelbagai sebab. Oleh itu ingatlah apa sebenarnya yang kita perlu dan mahu cari di dunia ini. Samada keberkatan atau kebahagiaa di dunia yang sementara ini.
Bagiku, ramadhan kali ni semestinya tidak sama seperti yg lepas-lepas. Begitu juga dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Kerap kali ingatan tentang tahun ni adalah ramadhan terakhir berlegar-legar di fikiranku. Maksud terakhir itu juga adalah subjektif. Mngkin ku tak sempat menjenguk lagi ramadhan tahun depan atau mungkin juga ku tidak lagi dapat merasa sambutan ramadhan dan aidilfitri sepertimana ku merasai sebelum-sebelum ni.
Oleh yg demikian ku telah cuba pelbagai perkara sepanjang waktu tersebut dengan harapan ku tidak menyesal kerana tidak dapat melaksanakannya di masa akan datang. Namun ada yang berjaya, dan ada juga yang mngecewakan. Tapi tak perlulah ku ceritakannya kerana mungkin akan mengaibkan seseorang, siapa tahu kan. Jadi dengan itu juga ingin ku mohon ampun dan maaf kepada semua orang. Sesungguhnya diriku ini tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan.
Kepada keluarga, sahabat handai, rakan-rakan, dan kenalan, maafkanlah ku. Mngkin sepanjang perkenalan kita, ada saja perbuatan ku yang tidak disenangi. Ingatlah bukan disengajakan untuk mnyakiti kalian atau mungkin sekadar gurauan. Aku sayang kamu semua dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian. Moga-moga sempena aidilfitri kali ini ukhwah kita makin erat dan xkan putus selamanya.
(gambar ni gambar lama. Tak sempat nak buat yang baru. Sorry)
Labels:
Islam,
Love,
Raya,
Relationship
Subscribe to:
Posts (Atom)
