Tuesday, 22 March 2016

Kecelaruan Mencari Haluan HIdup


Pernah tak anda terfikir kenapa anda berada di tempat anda sekarang? Adakah disebabkan oleh pilihan anda sendiri? Adakah sebab faktor keluarga? Rakan-rakan? Mahupun masyarakat? Dalam konteks budaya hidup dan polisi di Malaysia ini mungkin majoriti tidak boleh menjangka dari awal kenapa mereka berada di mana mereka berada sekarang.

Kalau kita tengok kat sekolah pon, kita tak diberi banyak pilihan untuk belajar apa. Masa sekolah rendah kita kena hadapi UPSR, masuk menegah rendah mengadap menghadap PMR or PT3. Bila nak masuk form 4 barulah kita diberi pilihan samada nak amik aliran apa. Tapi itu pun tak ramai yang mampu buat pilihan sendiri dan akhirnya ikut sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan kita yang lalu. Dan kemudian andai kata kita berada di aliran sains tulen, lepas SPM pilihan yang kita nampak sama ada engineering atau medic. Kalau akaun, mungkin business or accountancy.



Mungkin kalau ada yang background family dalam business tertentu, kita boleh tahu nak buat apa lepas SPM sebab nak meneruskan legasi perniagaan keluarga mungkin. Jarang sekali kita dengar bila bertanyakan cita-cita budak sekolah yang nak jadi ahli politik.

Bila dah grad dari universiti dengan kursus pilihan kita, timbul pula masalah dengan peluang pekerjaan tidak menepati dengan apa yang kita dah pelajari di universiti dulu. Bila masalah itu timbul barulah kita sedar tentang konflik antara minat dan pasaran pekerjaan yang ada. Kalau budak yang belajar kejuruteraan or kedoktoran, mungkin peluang perkerjaan mereka lebih selamat sebab kekosongan itu sentiasa ada. Tapi akan timbul pula masalah tentang pilihan tempat dan gaji. Namun itu bukanlah persoalan yang ingin diketengahkan.

Persoalannya sekarang kenapa kecelaruan itu timbul bagi setiap remaja dan anak muda yang ingin menempuh alam dewasa dan pekerjaan? Salah satu punca utama yang saya nampak di sini ialah polisi kerajaan yang kurang jelas. Dalam 10 tahun ini, usaha kerajaan yang saya nampak masih lagi usaha yang sama yang dibuat oleh pemerintah masa negara kita baru merdeka iaitu memperjuangkan kedudukan rumpun bangsa dan merapatkan jurang bangsa dengan kempen 1Malaysia lah Bangsa Malaysia lah dan macam2 lagi. Ya memang isu perpaduan itu penting tapi era millennia dan globalisasi ini benda2 tu orang letak kt no 2, perkara pokok yang orang nak ialah dari segi kemajuan dan pembangunan.



Dulu ada juga dengar pasal kerajaan nak fokus sektor bioteknologi dengan wujudnya sektor RnD sana sini dan pengenalan kursus-kursus berkaitan biotech di universiti-universiti. Tapi sampai sekarang masih tak nampak pon hasil signifikan setelah lebih sedekad berlalu. Begitu juga dengan usaha mewujudkan sektor baru seperti astronomi dan nukleologi. Tak dinafikan yang sektor-sektor ini masih wujud cuma masih ditakuk yang sama, tak banyak perkembangan sebab peruntukan yang tak seberapa.

Dari faktor institusi keluarga pula, kebanyakan ibu bapa tidak memberi penjelasan yang jelas tentang pilihan matlamat dan haluan hidup anak mereka. Apa yang mereka mahukan adalah menjadi anak yang taat dan berbakti pada keluarga, cemerlang dalam pelajaran, dan dapat kerja bagus-bagus. Apalah salahnya diperincikan sedikit setiap pilihan dan hala tuju itu supaya memudahkan anak-anak ini membuat pilihan. Ibu bapa juga patut tahu situasi sebenar di alam pekerjaan dan qualification yang perlu untuk bekerja di sektor tertentu kat Malaysia ni.

Ibu bapa kini disogok dengan cerita-cerita anak-anak yang dikongkong dan terpaksa mengikut kehandak keluarga yang akhinrnya menyebabkan terputusnya pertalian kekeluargaan. Memangla kita tak boleh mengongkong mereka, tapi jangan terkeliru antara kongkong dan bimbing. Seharusnya ibu bapa bimbing anak-anak dengan memberi maklum tentang pillihan yang ada dan consequences daripada pilihan-pilihan tersebut. Dan bukannya garis panduan ini diberi bila anak dah lepas SPM sebaliknya dari sekolah rendah lagi.


Kalau kita ingat masa sekolah rendah dulu, mesti akan ada satu karangan yang kita buat tentang cita-cita. Masa seawal usia itu sudah tentu anak-anak tak tahu cita-cita apa yang sesuai dan terbaik untuk mereka, sebaliknya cita-cita yang dipilih itu hanya berdasarkan fantasi mereka semata, bukannya kemampuan. Sepatutnya bila anak pilih sesuatu cita-cita(pekerjaan) tersebut, ibu bapa boleh bimbing dengan beritahu apa prospek perkerjaan tersebut dan subjek apa yang perlu anak-anak score untuk membolehkan dia melangkah ke industri tersebut dan juga attitude dan disiplin yang peru ada. Dengan yang demikian barulah anak itu akan lebih bermotivasi untuk mengecapi ipian tersebut. Sekurang-kurangnya mereka akan ada usaha untuk ke arah itu walau hakikatnya mungkin mustahil untuk dicapai mengikut perspektif negara kita.

Dan akhir sekali punca kecelaruan hala tuju ini adalah disebabkan diri kita sendiri. Sebagai manusia, kita seharusnya punya matlamat. Dan bagi yang beragama Islam matlamat kita bukannya hanya di dunia ini sahaja namun juga ingin mencapai Saadatul Haqiqiyyah yakni kebahagiaan abadi di akhirat kelak. Dengan matlamat yang jelas kita patut tahu apa yang perlu dibuat dan jalan mana yang harus dipilih. Usahlah kita khayal dengan buaian hiburan dunia dan hidup penuh kekosongan tanpa hala tuju. Kelak nanti kita juga yang rugi.


Sengaja saya tidak simpulkan perbincangan ini kerana itulah hakikat sebenar hidup ini, tidak ada kesimpulan yang jelas. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri bagaimana nak mencorak dan menentukan kesimpulan hidup kita. Moga kita ketemu dengan hala tuju yang kita hendaki. Peace~ 

1 comment:

Cikgudee said...

Saya berikan pujian yang teramat baik kepada pengarang artikel ini. Padat dan tepat serta fokus kepada manusia yang bermatlamat.

Related Posts with Thumbnails