Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Mat, Tolong Gua!

Salam Mat,

Gua tahu yang gua tak pernah hantar mesej panjang-panjang macam ni kat lu. Tapi ni pasal kes serius, jadi gua nak mintak tolong kat lu lah. Macam ni, gua dah start syak yang bini gua ni dah main kayu tiga lah belakang gua.

Petanda pertama yang gua perasan kadang telefon rumah berbunyi tapi bila gua angkat orang tu terus letak. Lagi satu, bini gua ni kerap gak keluar hujung minggu lepak dengan rakan2 perempuan dia. Bila gua tanya nama kawan2 dia apa, dia cuma bagitau yang diorang tu rakan sekerja dia je, kalau bagitau pon bukannya gua kenal. Gua selalu gak perhati bini gua balik kerja, dia cakap dia selalu balik naik taxi sebab cepat. Tapi bila gua usha, tak ada pon taxi berhenti depan rumah, dia jalan kaki je.



So satu hari tu gua parking motor RXZ gua kat seberang jalan rumah gua dan menyorok belakang motor sebab dari situ gua boleh nampak sepanjang jalan depan rumah gua tu. Lepas tu sedang gua cangkung menyorok baik punya kat motor gua tu, gua perasan cover valve kat enjin motor gua tu macam ada leaking la. Nampak minyak meleleh keluar dari situ. So lu rasa gua boleh repair benda ni sendiri ke atau patut hantar workshop je? Kalau kena hantar workshop, agak2 mahal tak?

Tuesday, 20 November 2012

Bukan semua mengadu itu domba.

Cam pelik je title tu. Haha.. Korang mesti penah dengar kan dalam Islam, mengadu domba itu termasuk dalam kategori dosa besar. Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab An-Namimah. An-Namimah berasal dari perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.


Jadi disini ada beza maksud sebenarnya antara mengadu masalah dengan mengadu tentang orang lain. Islam larang kita mengadu tentang kesilapan atau kesalahan orang kepada orang ketiga. Atau dengan maksud yang lebih jelas, dosa besar bagi seseorang yang suka report2 tentang keburukan orang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Contoh orang2 yang mengadu domba ni ialah balaci. Balaci ni kerja dia nak report je sepanjang masa kepada tuan dia tentang keburukan atau kelemahan orang lain. So jangan la jadi balaci ye, dosa besar tu.

Saturday, 17 November 2012

Wajah




Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.

Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.



Thursday, 8 November 2012

Upgrade, Upgrade and Upgrade.

Aku nak cerita pasal upgrade ni bukanlah berkaitan pasal komputer ke hardware ke apa. Tapi tentang permasalahan suami isteri dalam rumah tangga. Sebelum ni aku ada terbaca kisah seorang suami yang selfish tahap what the fish kat satu blog. Dia pm kt perempuan yang dia minat kat facebook beritahu bahawa dia dah tak suka kat bini dia sebab gemuk, hodoh dan tak memuaskan nafsu dia. Kalau korang berminat nak baca, klik sini .


Blogger tu menyatakan pandangan dan respon dari perspektif wanita. Tak kata lah pandangannya salah. Betul la apa yang dihuraikan oleh blogger tu. Memang sadis kalau ada seorang suami yang buat perangai macam tu. Kalau ye pon tak suka at least terus terang dan cubalah ikhtiar sesuatu. Bawak berbincang dengan si isteri tu. Bukannya pergi report kat perempuan lain yang tak ada ikatan dengan keluarga langsung.

Wednesday, 6 July 2011

Mari Menonton Drama Melayu

Semenjak duduk di negara orang ni rasa nak tengok cerita melayu tu makin melonjak-lonjak. Dulu kat Malaysia tak teringin sangat pun. Tengok drama pun bila mak buka, jadi join sekali lah.

Tapi sekarang sanggup bersusah payah mencari dan download dram2 melayu. Yela, bila buka tv semua cakap Deutsch. Even cerita orang puteh Amerika tu pon diorang dubbing ke bahasa jerman. Atoyaii punnn....

Antara drama yang aku dah habis tengok dan aku rasa cambest ialah drama Nora Elena. Drama ni agak feymes jugakla di Malaysia dan pelakon2 nya juga mantopp2. Pastu yg baru2 ni Juvana. Memang nampak la perkembangan idea nak buat cerita melayu zaman sekarang ni. Banding dengan dulu (dalam 5-10 tahun dulu) kebanyakn cerita pasal cinta yang terhalang, masalah ahli2 korporat yg corrupt dan lawak komedi yang membodohkn diri pelakon itu sendiri. Ish3..

Tapi yang pelik nya kenapalah anak-anak muda zaman sekarang ini (macam dah tua sangat je rasa) lebih gemar mengikuti drama-drama dari negeri orang. Macam suatu ketika dulu ramai suka menonton drama-drama bahasa sepanyol. Macam Secreto de Amor, La Lola, Maria Mercedes, dan macam-macam lagi. Lepas tu datang pulak gelombang drama dari negara jiran kita, Indonesia. Padahal cerita nya taklah bagus mana. Tapi memang hit satu malaysia dan setiap lapisan umur meminati drama tersebut. Sekarang ni pulak fenomena drama korea dan jepun. Sampaikan gadis-gadis yang mengikuti drama-drama korea ni berangan-angan nak kahwin dengan artis korea pujaan mereka tu. Siap tukar gambar profil kat facebook lg. Adoiyyaiii...
Related Posts with Thumbnails