Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Monday, 28 March 2016

Masalah Anak-Anak Muda yang Masih Belajar



Pernah ada seorang pensyarah aku dahulu pesan
"Despite the examination system uphold upon you all and you are given tonnes of assignments to comply with it, you must know that the reason you are here is to seek knowledge for knowledge itself, not just for the exam"  (Issoufou, 2015)
Aku paham sangat dengan statement dia tu sebab aku sendiri mengalami situasi yang dia hadapi tu. Kebanyakan pelajar di Malaysia ni belajar semata-mata kerana nak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sebelum ni aku pernah bekerja sebagai guru tusyen di sebuah pusat tusyen mengajar subjek matematik tambahan, fizik dan juga bahasa inggeris.


Tuesday, 22 March 2016

Kecelaruan Mencari Haluan HIdup


Pernah tak anda terfikir kenapa anda berada di tempat anda sekarang? Adakah disebabkan oleh pilihan anda sendiri? Adakah sebab faktor keluarga? Rakan-rakan? Mahupun masyarakat? Dalam konteks budaya hidup dan polisi di Malaysia ini mungkin majoriti tidak boleh menjangka dari awal kenapa mereka berada di mana mereka berada sekarang.

Kalau kita tengok kat sekolah pon, kita tak diberi banyak pilihan untuk belajar apa. Masa sekolah rendah kita kena hadapi UPSR, masuk menegah rendah mengadap menghadap PMR or PT3. Bila nak masuk form 4 barulah kita diberi pilihan samada nak amik aliran apa. Tapi itu pun tak ramai yang mampu buat pilihan sendiri dan akhirnya ikut sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan kita yang lalu. Dan kemudian andai kata kita berada di aliran sains tulen, lepas SPM pilihan yang kita nampak sama ada engineering atau medic. Kalau akaun, mungkin business or accountancy.

Friday, 18 January 2013

Ilmu Lebih Utama Daripada Ibadah?

Korang mesti pernah dengar pasal hadis Rasulullah yang berbunyi lebih kurang begini,


"tidur seorang alim lebih baik dari ibadah solat seorang jahil”

Aku ni bukanlah pakar hadis atau belajar ilmu quran sunnah kat sekolah dulu. So aku tak boleh la nak justifikasikan kesahihan hadis ni. Dah cuba cari tapi tak jumpa sanad dan matan hadis yang sebenarnya. Hadis ni dikuatkan lagi dengan satu lagi hadis iaitu,
"Solat dua rakaat orang alim lebih baik daripada seribu rakaat solat orang jahil"

Jadi ada sesetengah golongan manusia ni berfikir, tak adillah kalau macam tu. Terlampau mulia sangat orang berilmu/alim(mengetahui) sampai tidur pon lebih baik daripada solat. Sedangkan solat tu kan perkara wajib. Dan bagi golongan-golongan yang berfikiran begini harap bertaubatlah dan pohon keampunan daripada Allah.

Thursday, 8 November 2012

Upgrade, Upgrade and Upgrade.

Aku nak cerita pasal upgrade ni bukanlah berkaitan pasal komputer ke hardware ke apa. Tapi tentang permasalahan suami isteri dalam rumah tangga. Sebelum ni aku ada terbaca kisah seorang suami yang selfish tahap what the fish kat satu blog. Dia pm kt perempuan yang dia minat kat facebook beritahu bahawa dia dah tak suka kat bini dia sebab gemuk, hodoh dan tak memuaskan nafsu dia. Kalau korang berminat nak baca, klik sini .


Blogger tu menyatakan pandangan dan respon dari perspektif wanita. Tak kata lah pandangannya salah. Betul la apa yang dihuraikan oleh blogger tu. Memang sadis kalau ada seorang suami yang buat perangai macam tu. Kalau ye pon tak suka at least terus terang dan cubalah ikhtiar sesuatu. Bawak berbincang dengan si isteri tu. Bukannya pergi report kat perempuan lain yang tak ada ikatan dengan keluarga langsung.

Friday, 27 July 2012

Beza muslim,mukmin dan muttaqeen



Salam Ramadhan semua, sempena bulan mulia ni eloklah kita kongsi2 serba sedikit ilmu agama. Semua orang tahu kan apa maksud muslim, mukmin dan muttaqin? Tapi saya rasa tak ramai yang boleh bezakan ketiga-tiga jenis golongan itu.

Kalau nak explain secara mathematical, muttaqin tu adalah subset kepada mukmin dan mukmin tu pulak subset kepada muslim. Secara sasteranya, adapun muslim itu tidak semuanya adalah mukmin, dan begitu juga dalam kalangan mukmin itu hanya sekelompok sahaja yang muttaqin. Kalau tak paham jugak, mari kita perinci satu persatu.

Monday, 9 July 2012

Mahu berubah??



Setiap orang akan lalui zaman gelapnya, tak kesah la berapa gelap zaman dia tu. Ada orang lahir2 ja dah memang gelap hidup dia. Ada orang sepanjang hidupnya semuanya indah dah riang tapi bila sekali masuk zaman gelap terus rebah.

Zaman gelap yang aku cuba sampaikan ni bukannya buta ke apa tapi kesusahan dan kepayahan musibah yang melanda terhadap diri kita. Boleh jadi jugak zaman gelap tu zaman dikala kita bergelumang dengan dosa.

Friday, 6 July 2012

Isu Minyak Tak Akan Pernah Selesai

Baru-baru ni harga minyak dunia turun, jadi kerajaan Malaysia pun ambil inisiatif untuk turunkan harga minyak dalam negara kita jugak. Tapi hanya RON97 je, RON95 tak turun. Lepas tu mulalah orang ramai merungut, katanya rakyat Malaysia ni kebanyakan guna RON95 bukannya RON97. Jadi tak ada beza lah turunkan harga minyak RON97 saja. Patutnya turun dua-dua sekali baru fair.



Friday, 2 March 2012

Bolehkah seorang berkelulusan phD mengajar budak sekolah rendah?

Baru-baru ni, saya kerap tonton video-video ustaz azhar idrus(UAI) kat youtube. pastu jumpa pula link-link ustaz fathul bari(ulama' umno katanya) membidas segala kesilapan-kesilapan ustaz azhar idrus. Saya tak nafikanlah segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh ustaz fathul bari(UFB) tu. Ada benarnya hujah-hujah beliau tu dan saya yakin betul la sebab dia pun ilmuwan yang berkelulusan tinggi(phD).


Apa yang menariknya, video-video hujah UFB ni diupload oleh seorang saja yang bernama abu aqif(bukan nama sebenar). Lepas tu saya usha la jugak video-video lain yang dia upload. Rata-ratanya berkenaan dengan kesilapan-kesilapan UAI. Dari situ saya lihat seolah-olah dia ni macam tak suka dengan UAI. Maklumlah orang kalau dah tak suka dengan seseorang dia nampak yang tak elok saja.

Monday, 19 December 2011

Pentingnya keluarga dalam hidup

Setiap orang mesti pernah ada mak dan ayah tak kira lah sempat lihat atau tidak sebab tanpa mak ayah, kita tak akan berpijak di muka bumi ini. Kalau dulu hampir semua mak ayah sayangkan anaknya, cuma anak saja yang kadang2 tak tahu menghargainya. Kenapa saya katakan dulu? Sebab sekarang mungkin tidak berapa relevan lagi kot, maklumlah kes buang bayi dah banyak sangat kita dengar. Tapi bukan kes buang bayi yang saya nak ceritakan. Saya mahu berkongsi tentang apa bezanya hidup tanpa keluarga dengan ada keluarga.



Wednesday, 6 July 2011

Mari Menonton Drama Melayu

Semenjak duduk di negara orang ni rasa nak tengok cerita melayu tu makin melonjak-lonjak. Dulu kat Malaysia tak teringin sangat pun. Tengok drama pun bila mak buka, jadi join sekali lah.

Tapi sekarang sanggup bersusah payah mencari dan download dram2 melayu. Yela, bila buka tv semua cakap Deutsch. Even cerita orang puteh Amerika tu pon diorang dubbing ke bahasa jerman. Atoyaii punnn....

Antara drama yang aku dah habis tengok dan aku rasa cambest ialah drama Nora Elena. Drama ni agak feymes jugakla di Malaysia dan pelakon2 nya juga mantopp2. Pastu yg baru2 ni Juvana. Memang nampak la perkembangan idea nak buat cerita melayu zaman sekarang ni. Banding dengan dulu (dalam 5-10 tahun dulu) kebanyakn cerita pasal cinta yang terhalang, masalah ahli2 korporat yg corrupt dan lawak komedi yang membodohkn diri pelakon itu sendiri. Ish3..

Tapi yang pelik nya kenapalah anak-anak muda zaman sekarang ini (macam dah tua sangat je rasa) lebih gemar mengikuti drama-drama dari negeri orang. Macam suatu ketika dulu ramai suka menonton drama-drama bahasa sepanyol. Macam Secreto de Amor, La Lola, Maria Mercedes, dan macam-macam lagi. Lepas tu datang pulak gelombang drama dari negara jiran kita, Indonesia. Padahal cerita nya taklah bagus mana. Tapi memang hit satu malaysia dan setiap lapisan umur meminati drama tersebut. Sekarang ni pulak fenomena drama korea dan jepun. Sampaikan gadis-gadis yang mengikuti drama-drama korea ni berangan-angan nak kahwin dengan artis korea pujaan mereka tu. Siap tukar gambar profil kat facebook lg. Adoiyyaiii...

Thursday, 10 February 2011

Aku yg memerhati, mendengar dan memahami...

Sudah sebulan lebih aku berada di bumi Eropah ini. Walaupun baru sebulan sudah dapat ku rasakn perbezaan kehidupan di sini dan kehidupan di tanah air ku. Bukanlah mksudnya aku ni kejutan budaya tapi sedikit sebanyak timbul di dalam hati ini - alangkah baiknya kalau Malaysia juga mampu buat seperti ini.

Hendak ku kata negara Jerman ni maju tidak lah sangat. Apa yang aku dapat perhatikan sebab kenapa negara Jerman ini begitu gah di mata dunia adalah pemikiran mereka yang maju. Kalau diperhatikan bandar-bandar mereka masih lagi mengekalkan ciri2 eropah klasik. Cuma di bandar-bandar besar sahaja ada bangunan2 pencakar langit yang canggih dan serba moden. Dengan pemikiran yang maju macam-macam boleh mereka kecapi. Alangkah bagusnya kalau rakyat Malaysia berpikiran begitu juga.


Wednesday, 8 December 2010

Baca Al-quran tapi tak faham maksud. Apa faedahnya?

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

"Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?".

Dengan tenang atunya menjawab, "Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?"

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.













Friday, 13 August 2010

Debaran Menanti.. 20/08/2010

Saja nk luang masa tuk luahkan rasa. Sudah dua bulan berlalu peperiksaan A-level tamat dan tinggal beberapa hari shaja keputusan nak keluar. Namun hati ini cukup takut bila memikirkan tibanya hari itu. Debaran yg dirasa tak sama seperti debaran mnanti rsult SPM dan PMR. Walaupun diriku tahu A-level ni bkn lah segala-galanya dlm idup tp apa yg dirisaukan adalah implikasi daripada keputusan tersebut.

Bayangkan 2tahun buat a-level dan sepanjang masa tu saudara dan shabat handai seringkali bertanyakan soalan yang sama, "bila nk fly?". Terasa takut mahu mnjawab tetapi cuba juga tuk menggagahkan dri dan mnjawab, "awal tahun 2011". Namun tidak ku pasti bahwa adakah perkara itu adalah satu kepastian. Dan kerapkali juga aku terfikir sjenak apa akan terjadi kalau aku tak berjaya. Namun tidak pernah mndapat bayangan sebenar apa yg akn berlaku.

Mungkin silap sendiri juga tak berusaha bersungguh-sungguh. Hinggakan tidak begitu yakin akan berjaya. Namun walau apa pun keputusannya, aku pasrah dan redha kerana itulah ketentuannya. Harap2 ia bukanlah menjadi penghalang untuk ku berjaya mncapai matlamat hidupku. Doakan lah untuk ku mudah-mudahan mendapat keputusan yg baik. Amin..

Thursday, 3 June 2010

Bagaimana umat Yahudi laknatullah dihapuskan?

Sengaja saya ingin bercerita tentang isu ini memandangkan baru-baru ni dunia telah dikejutkan dengan serangan tak berhati perut oleh rejim zionis terhadap kapal bantuan kemanusiaan Gaza. Kisah ini saya terbaca dalam buku  Aqidah Islam karangan pengetua Universiti Al-Azhar ( tak ingat pula namanya). Saya terbaca diruangan tanda-tanda besar kiamat dan antaranya ialah kedatangan dajjal al-masih.


Dajjal ini diceritakan ialah seorang manusia yang asalnya daripada kaum Yahudi dan dia ni sangat tua. Walaupun tua tetapi memiliki kuasa-kuasa sakti. Ramai orang tahu yang dajjal ini bermata satu tapi tak tahulah benar ke tidak (wallahualam..). Apa yang saya baca dia ini cacat sebelah matanya.


Gambar Hiasan

Datangnya dajjal dikhalayak manusia ini dengan berani mengatakan bahawa dialah tuhan. Kemudian dia memperdaya manusia-manusia yang jahil dengan kuasa-kuasa magisnya. Terdapat juga hadis (xpasti matan dan sanad sebenarnya) yang mana sahabat menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahwa turunnya dajjal di akhir zaman nanti dan dia akan memerintah dunia selama 44 (tidak dimaklumkan samada hari, minggu bulan atau tahun). Bayangkan bagaimana peritnya umat islam pada masa itu jika dajjal memrintah selam 44 tahun. Pada ketika itu dajjal merupakan pemimpin kaum Yahudi.

Setelah tamat tempoh 44 itu barulah turun nabi Isa a.s ke muka bumi dan dibantu oleh imam mahdi menewaskan dajjal. Diceritakan bahawa nabi Isa akan pergi ke gereja-gereja dan mengislamkan para paderi.
Kemudian bermula lah saat yang dinanti-nantikan iaitu pembunuhan kaum Yahudi laknatullah. Sehinggakan ada juga yahudi yang bersembunyi di belakang batu-batu dan pokok-pokok. Kemudian dengan kuasa Allah S.W.T, batu-batu dan pokok-pokok ini akan berkata," Hai muslim, dibelakangku ini ada yahudi sedang bersembunyi, maka bunuhla ia." Namun ada satu pokok yang bernama pokok Gharqad atau pokok yahudi yang tidak akan bersuara. Kalau nak tahu sekarang yahudi sudah pun menanam pokok-pokok ini di tempat mereka secara meluas.

Lihatlah wahai saudaraku, betapa kaum yahudi telah bersedia dan mereka telah kaji Al-Quran kita semata-mata untuk menyelamatkan diri mereka dan menghanbcurkan umat Islam. Cuba kita pergi ke kawasan pejalan kaki ataupun di sekolah-sekolah dan bertanyakan tentang pokok Gharqad ini. Pasti tak ramai yang tahu. Tapi kalau tanya siapa menang AF8 pasti lebih ramai yang tahu. Tahukah kalian bahawa AF itu merupakan petanda kiamat di mana semua orang mahu jadi popular.

Oleh itu bangkitlah wahai saudaraku. Takkan kita nk tunggu Isa turun  baru kita mampu menentang Yahudi? Ingatlah pada masa itu kiamat sudah sangat-sangat menghampiri kita. Muhasabah la diri kita. Fikirkan apa bezanya kita dengan umat Islam di zaman Nabi Muhammd S.A.W dan para sahabat? Tepuk dada tanya iman. Hentikanlah perkara yang melalaikan dan dekatlah diori dengan Allah. Insya Allah, kita akan dibantu dalam perjuangan ini oleh-Nya.





Friday, 27 June 2008

Kehidupan Baru..

Salam..
Agak lame gak xaktif blog neyh.
Sbb kekurangan idea n blum sure tujuan ana mnubuhkan blog ini.
Lg pown ana blum uwar-uwar lagi ttg kwujudan blog ini.
Blum smpai mse lg.

Apa yg ana ingin menceritakan kali ini ialah kehidupan baru slps lama cuti lps SPM.
Slps ini ana akn melanjutkn pelajaran ke peringkat yg lebih tnggi iaitu Ijazah.
Ana telah terpilih untuk melanjutkan pelajarn ke luar negara iaitu Germany.
Sblum tu ana akn mmbuat persedian kt Intec, Shah Alam selama 2 tahun.
Kmudian 1/2 tahun kt GMI untuk bljr bahasa jerman.

Trus terang ana katakn bnyk lg urusan dan hal yg perlu diuruskn utk dftar kt Intec pd ahad nie, 29 Jun 2008.
Seolah-olah cam xbersedia jer.
Tapi mse kt SASER dlu pown sme gak, ana prepare brg last2 minit.

Ana harap kehidupan ana ini dpt ana tempuhi dgn bersungguh-sungguh n berjaya.
Hrap dpt jmpe kwn2 yg best n gempak.
Hrap suasana pembelajaran lebih kondusif n tidak tertekan.
Walau pown slps nie ana akan berjauhan dgn seseorg tp perjuangn harus diteruskn.


Photobucket
Related Posts with Thumbnails