Tuesday 20 November 2012

Bukan semua mengadu itu domba.

Cam pelik je title tu. Haha.. Korang mesti penah dengar kan dalam Islam, mengadu domba itu termasuk dalam kategori dosa besar. Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab An-Namimah. An-Namimah berasal dari perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.


Jadi disini ada beza maksud sebenarnya antara mengadu masalah dengan mengadu tentang orang lain. Islam larang kita mengadu tentang kesilapan atau kesalahan orang kepada orang ketiga. Atau dengan maksud yang lebih jelas, dosa besar bagi seseorang yang suka report2 tentang keburukan orang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Contoh orang2 yang mengadu domba ni ialah balaci. Balaci ni kerja dia nak report je sepanjang masa kepada tuan dia tentang keburukan atau kelemahan orang lain. So jangan la jadi balaci ye, dosa besar tu.

Monday 19 November 2012

You Are The One I Love


You.. Are WHO i love, the one that I've fall for at first sight, the fantasy of what i really dream of
You.. Are WHAT i love, the depth, inside jokes, and best friend to me
You.. Are WHEN i love, a new history has been started with you.
You.. Are WHERE i love, because I'll go anywhere to be with you.
You.. Are WHY i love, because before you, i didn't really understand of what I've been looking for.

Now that we found each other, you are giving my past and the future, meaningful.
You are the only one and THE LAST... That I love.

Saturday 17 November 2012

Wajah




Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.

Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.



Thursday 8 November 2012

Upgrade, Upgrade and Upgrade.

Aku nak cerita pasal upgrade ni bukanlah berkaitan pasal komputer ke hardware ke apa. Tapi tentang permasalahan suami isteri dalam rumah tangga. Sebelum ni aku ada terbaca kisah seorang suami yang selfish tahap what the fish kat satu blog. Dia pm kt perempuan yang dia minat kat facebook beritahu bahawa dia dah tak suka kat bini dia sebab gemuk, hodoh dan tak memuaskan nafsu dia. Kalau korang berminat nak baca, klik sini .


Blogger tu menyatakan pandangan dan respon dari perspektif wanita. Tak kata lah pandangannya salah. Betul la apa yang dihuraikan oleh blogger tu. Memang sadis kalau ada seorang suami yang buat perangai macam tu. Kalau ye pon tak suka at least terus terang dan cubalah ikhtiar sesuatu. Bawak berbincang dengan si isteri tu. Bukannya pergi report kat perempuan lain yang tak ada ikatan dengan keluarga langsung.
Related Posts with Thumbnails