Tuesday 20 November 2012

Bukan semua mengadu itu domba.

Cam pelik je title tu. Haha.. Korang mesti penah dengar kan dalam Islam, mengadu domba itu termasuk dalam kategori dosa besar. Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab An-Namimah. An-Namimah berasal dari perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.


Jadi disini ada beza maksud sebenarnya antara mengadu masalah dengan mengadu tentang orang lain. Islam larang kita mengadu tentang kesilapan atau kesalahan orang kepada orang ketiga. Atau dengan maksud yang lebih jelas, dosa besar bagi seseorang yang suka report2 tentang keburukan orang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Contoh orang2 yang mengadu domba ni ialah balaci. Balaci ni kerja dia nak report je sepanjang masa kepada tuan dia tentang keburukan atau kelemahan orang lain. So jangan la jadi balaci ye, dosa besar tu.

Monday 19 November 2012

You Are The One I Love


You.. Are WHO i love, the one that I've fall for at first sight, the fantasy of what i really dream of
You.. Are WHAT i love, the depth, inside jokes, and best friend to me
You.. Are WHEN i love, a new history has been started with you.
You.. Are WHERE i love, because I'll go anywhere to be with you.
You.. Are WHY i love, because before you, i didn't really understand of what I've been looking for.

Now that we found each other, you are giving my past and the future, meaningful.
You are the only one and THE LAST... That I love.

Saturday 17 November 2012

Wajah




Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.

Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.



Thursday 8 November 2012

Upgrade, Upgrade and Upgrade.

Aku nak cerita pasal upgrade ni bukanlah berkaitan pasal komputer ke hardware ke apa. Tapi tentang permasalahan suami isteri dalam rumah tangga. Sebelum ni aku ada terbaca kisah seorang suami yang selfish tahap what the fish kat satu blog. Dia pm kt perempuan yang dia minat kat facebook beritahu bahawa dia dah tak suka kat bini dia sebab gemuk, hodoh dan tak memuaskan nafsu dia. Kalau korang berminat nak baca, klik sini .


Blogger tu menyatakan pandangan dan respon dari perspektif wanita. Tak kata lah pandangannya salah. Betul la apa yang dihuraikan oleh blogger tu. Memang sadis kalau ada seorang suami yang buat perangai macam tu. Kalau ye pon tak suka at least terus terang dan cubalah ikhtiar sesuatu. Bawak berbincang dengan si isteri tu. Bukannya pergi report kat perempuan lain yang tak ada ikatan dengan keluarga langsung.

Sunday 14 October 2012

Asonansi konsentrasi

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita..


- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Awan di langit apa warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tayar kereta warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

Friday 27 July 2012

Beza muslim,mukmin dan muttaqeen



Salam Ramadhan semua, sempena bulan mulia ni eloklah kita kongsi2 serba sedikit ilmu agama. Semua orang tahu kan apa maksud muslim, mukmin dan muttaqin? Tapi saya rasa tak ramai yang boleh bezakan ketiga-tiga jenis golongan itu.

Kalau nak explain secara mathematical, muttaqin tu adalah subset kepada mukmin dan mukmin tu pulak subset kepada muslim. Secara sasteranya, adapun muslim itu tidak semuanya adalah mukmin, dan begitu juga dalam kalangan mukmin itu hanya sekelompok sahaja yang muttaqin. Kalau tak paham jugak, mari kita perinci satu persatu.

Tuesday 10 July 2012

Monday 9 July 2012

Mahu berubah??



Setiap orang akan lalui zaman gelapnya, tak kesah la berapa gelap zaman dia tu. Ada orang lahir2 ja dah memang gelap hidup dia. Ada orang sepanjang hidupnya semuanya indah dah riang tapi bila sekali masuk zaman gelap terus rebah.

Zaman gelap yang aku cuba sampaikan ni bukannya buta ke apa tapi kesusahan dan kepayahan musibah yang melanda terhadap diri kita. Boleh jadi jugak zaman gelap tu zaman dikala kita bergelumang dengan dosa.

Sunday 8 July 2012

Kebosanan tahap gaban


Tengah duk bosan-bosan, layan la video2 lagu kt utiub. Pastu jumpa la video ni, layan beb!



Call me Maybe (Metal Version) - Cover by Andy Rehfeldt/Johann Faustus





tanya sama hati versi rock


Saturday 7 July 2012

Kejadahnya KPOP


Post ni aku saja ja nak buat kecoh pasal KPOP. Aku duk perati dari hari ke hari, budak-budak muda kat Malaysia ni makin ramai yang minat KPOP. Apa kejadahnya? Ampa semua paham ka apa depa kata? Haha..

Aku rasa kebanyakan perempuan yang duk minat sangat KPOP ni bukan apa, sebab depa minat kat jantan2 KPOP yang jambu2 duk menari-nari sambil duk miming konon macam tengah nyanyi tu. Yang hat lelaki2 yang minat KPOP ni depa duk minat awek2 seksi tu ja. Haha, macam la aku taktau perangai budak2 Malaysia ni sebab aku pon kadang tergoda gak bila tengok. Ampa tau dak yang hampir 90% daripada retis2 KPOP ni semuanya cucuk tang muka? Tau dak? Muka depa tu plastik ja. Tu yang duk tegang sepanjang masa tu. Maksud aku tang muka lah. Kalau ampa yang duk tengok ni taktau la tegang kat mana kan. Keh3..

Friday 6 July 2012

Isu Minyak Tak Akan Pernah Selesai

Baru-baru ni harga minyak dunia turun, jadi kerajaan Malaysia pun ambil inisiatif untuk turunkan harga minyak dalam negara kita jugak. Tapi hanya RON97 je, RON95 tak turun. Lepas tu mulalah orang ramai merungut, katanya rakyat Malaysia ni kebanyakan guna RON95 bukannya RON97. Jadi tak ada beza lah turunkan harga minyak RON97 saja. Patutnya turun dua-dua sekali baru fair.



Saturday 21 April 2012

My Friends


This story is about me. During my school time, i was taught to make friend with someone who u can be superior. Make friend with people that will listen to you when you speak, people who think you're the smart guy and worth to be friend with. So i did that. But it turned out that it's not me who influence them. But i am the one who being influence by them. I started to hang out all day long playing pool and snooker at shopping complex, skipping class to play football. But still they respect me as a friend.

Monday 5 March 2012

Perempuan dan comel



Di suatu hari di hujung minggu, sepasang suami isteri berjalan di kota Kuala Lumpur.

Isteri: Eh abang, tengok anak kucing tu. Comelnya..
Suami: Eh comel ke? Kucing terbiar tu. Jangan pegang nanti kena kurap dia.

Tiba di mid valley,

Suami: Haa sayang, nak beli kek yang mana satu untuk anniversary kita ni?
Isteri: Waa abang nak yang ni lah. Kek ni nampak comel sangat!
Suami:....... -_-"

Isteri: Abang tengok tu. Lelaki tu tengah dodoikan baby dia. Comel nampak.
Suami: Eh nampak ke rupa baby tu dari jauh. Mana sayang tahu comel?
Isteri: Memang la tak nampak tapi perbuatan lelaki tu, dodoikan anak dia. Nampak comel dan sweeet sangat!
Suami: (Hish.. Gila ke apa bini aku ni? Semua benda nak comel je)

Friday 2 March 2012

Bolehkah seorang berkelulusan phD mengajar budak sekolah rendah?

Baru-baru ni, saya kerap tonton video-video ustaz azhar idrus(UAI) kat youtube. pastu jumpa pula link-link ustaz fathul bari(ulama' umno katanya) membidas segala kesilapan-kesilapan ustaz azhar idrus. Saya tak nafikanlah segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh ustaz fathul bari(UFB) tu. Ada benarnya hujah-hujah beliau tu dan saya yakin betul la sebab dia pun ilmuwan yang berkelulusan tinggi(phD).


Apa yang menariknya, video-video hujah UFB ni diupload oleh seorang saja yang bernama abu aqif(bukan nama sebenar). Lepas tu saya usha la jugak video-video lain yang dia upload. Rata-ratanya berkenaan dengan kesilapan-kesilapan UAI. Dari situ saya lihat seolah-olah dia ni macam tak suka dengan UAI. Maklumlah orang kalau dah tak suka dengan seseorang dia nampak yang tak elok saja.

Friday 20 January 2012

Manusia sekarang semua pandai cakap saja

Post kali ini adalah semata-mata untuk melepaskan geram.

Aku bengang betui dengan mereka2 yang kuat ber-'comment' tak kira lah di FB ke utiup ke twitter mahupon di blog2. Masing2 cakap mcm bagus sngt. Hakikatnya sangat lah jilaka. Cakap bukan main padahal kelulusan xdak pon. Puii...

Dah mcm2 isu dah aku tgk, daripada crita psai Adam Adli sampai lah cerita video pompuan ni.
Related Posts with Thumbnails