Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Ya Ayyuhan Nas....



"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Friday, 18 January 2013

Ilmu Lebih Utama Daripada Ibadah?

Korang mesti pernah dengar pasal hadis Rasulullah yang berbunyi lebih kurang begini,


"tidur seorang alim lebih baik dari ibadah solat seorang jahil”

Aku ni bukanlah pakar hadis atau belajar ilmu quran sunnah kat sekolah dulu. So aku tak boleh la nak justifikasikan kesahihan hadis ni. Dah cuba cari tapi tak jumpa sanad dan matan hadis yang sebenarnya. Hadis ni dikuatkan lagi dengan satu lagi hadis iaitu,
"Solat dua rakaat orang alim lebih baik daripada seribu rakaat solat orang jahil"

Jadi ada sesetengah golongan manusia ni berfikir, tak adillah kalau macam tu. Terlampau mulia sangat orang berilmu/alim(mengetahui) sampai tidur pon lebih baik daripada solat. Sedangkan solat tu kan perkara wajib. Dan bagi golongan-golongan yang berfikiran begini harap bertaubatlah dan pohon keampunan daripada Allah.

Tuesday, 20 November 2012

Bukan semua mengadu itu domba.

Cam pelik je title tu. Haha.. Korang mesti penah dengar kan dalam Islam, mengadu domba itu termasuk dalam kategori dosa besar. Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab An-Namimah. An-Namimah berasal dari perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.


Jadi disini ada beza maksud sebenarnya antara mengadu masalah dengan mengadu tentang orang lain. Islam larang kita mengadu tentang kesilapan atau kesalahan orang kepada orang ketiga. Atau dengan maksud yang lebih jelas, dosa besar bagi seseorang yang suka report2 tentang keburukan orang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Contoh orang2 yang mengadu domba ni ialah balaci. Balaci ni kerja dia nak report je sepanjang masa kepada tuan dia tentang keburukan atau kelemahan orang lain. So jangan la jadi balaci ye, dosa besar tu.

Saturday, 17 November 2012

Wajah




Allah tidak mencipta wajahku persis emak dan ayahku atas dasar saintifik semata-mata. Aku percaya wajahku dilukis begini supaya tiap kali aku memandang wajahku di cermin, aku akan nampak ayah dan emakku. Dan walau ke mana aku pergi dan manusia apa yang aku jadi, aku akan sentiasa membawa ayah dan emak bersama.

Dan bila aku sudah tua, wajahku akan semakin iras seperti ayah dan emakku. Pada waktu ketika itu, mereka mungkin sudah tiada lagi. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana kerana tatkala aku rindu mereka, aku hanya perlu melihat wajah mereka di cermin.



Friday, 27 July 2012

Beza muslim,mukmin dan muttaqeen



Salam Ramadhan semua, sempena bulan mulia ni eloklah kita kongsi2 serba sedikit ilmu agama. Semua orang tahu kan apa maksud muslim, mukmin dan muttaqin? Tapi saya rasa tak ramai yang boleh bezakan ketiga-tiga jenis golongan itu.

Kalau nak explain secara mathematical, muttaqin tu adalah subset kepada mukmin dan mukmin tu pulak subset kepada muslim. Secara sasteranya, adapun muslim itu tidak semuanya adalah mukmin, dan begitu juga dalam kalangan mukmin itu hanya sekelompok sahaja yang muttaqin. Kalau tak paham jugak, mari kita perinci satu persatu.

Friday, 2 March 2012

Bolehkah seorang berkelulusan phD mengajar budak sekolah rendah?

Baru-baru ni, saya kerap tonton video-video ustaz azhar idrus(UAI) kat youtube. pastu jumpa pula link-link ustaz fathul bari(ulama' umno katanya) membidas segala kesilapan-kesilapan ustaz azhar idrus. Saya tak nafikanlah segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh ustaz fathul bari(UFB) tu. Ada benarnya hujah-hujah beliau tu dan saya yakin betul la sebab dia pun ilmuwan yang berkelulusan tinggi(phD).


Apa yang menariknya, video-video hujah UFB ni diupload oleh seorang saja yang bernama abu aqif(bukan nama sebenar). Lepas tu saya usha la jugak video-video lain yang dia upload. Rata-ratanya berkenaan dengan kesilapan-kesilapan UAI. Dari situ saya lihat seolah-olah dia ni macam tak suka dengan UAI. Maklumlah orang kalau dah tak suka dengan seseorang dia nampak yang tak elok saja.

Tuesday, 15 February 2011

Maulidur Rasul..

Tahun ni pertama kali menyambut hari kelahiran insan teragung di bumi ini, Nabi Muhammad S.A.W di Jerman.
Walaupun tidak bnyk sngt sambutan yg dibuat pada hari istimewa ini tp teetap terasa bezanya. Kalau dulu mse sek, dapat merasa berarak sambil berselawat dan membawa sepanduk. Tapi sekarang tak dapat merasa sebegitu lagi. Hanya berselawat di dalam bilik je. Selawat dan salam ke atas junjungan mu Nabi Muhammad S.A.W.


Apa2 pun marilah kita sama2 dgr lagu nasyid ni. Lagu ni penah aku nyanyikan mse sek ren dlu.
Terkenang pulak memori zaman sek dlu. Haish....

Thursday, 3 June 2010

Bagaimana umat Yahudi laknatullah dihapuskan?

Sengaja saya ingin bercerita tentang isu ini memandangkan baru-baru ni dunia telah dikejutkan dengan serangan tak berhati perut oleh rejim zionis terhadap kapal bantuan kemanusiaan Gaza. Kisah ini saya terbaca dalam buku  Aqidah Islam karangan pengetua Universiti Al-Azhar ( tak ingat pula namanya). Saya terbaca diruangan tanda-tanda besar kiamat dan antaranya ialah kedatangan dajjal al-masih.


Dajjal ini diceritakan ialah seorang manusia yang asalnya daripada kaum Yahudi dan dia ni sangat tua. Walaupun tua tetapi memiliki kuasa-kuasa sakti. Ramai orang tahu yang dajjal ini bermata satu tapi tak tahulah benar ke tidak (wallahualam..). Apa yang saya baca dia ini cacat sebelah matanya.


Gambar Hiasan

Datangnya dajjal dikhalayak manusia ini dengan berani mengatakan bahawa dialah tuhan. Kemudian dia memperdaya manusia-manusia yang jahil dengan kuasa-kuasa magisnya. Terdapat juga hadis (xpasti matan dan sanad sebenarnya) yang mana sahabat menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahwa turunnya dajjal di akhir zaman nanti dan dia akan memerintah dunia selama 44 (tidak dimaklumkan samada hari, minggu bulan atau tahun). Bayangkan bagaimana peritnya umat islam pada masa itu jika dajjal memrintah selam 44 tahun. Pada ketika itu dajjal merupakan pemimpin kaum Yahudi.

Setelah tamat tempoh 44 itu barulah turun nabi Isa a.s ke muka bumi dan dibantu oleh imam mahdi menewaskan dajjal. Diceritakan bahawa nabi Isa akan pergi ke gereja-gereja dan mengislamkan para paderi.
Kemudian bermula lah saat yang dinanti-nantikan iaitu pembunuhan kaum Yahudi laknatullah. Sehinggakan ada juga yahudi yang bersembunyi di belakang batu-batu dan pokok-pokok. Kemudian dengan kuasa Allah S.W.T, batu-batu dan pokok-pokok ini akan berkata," Hai muslim, dibelakangku ini ada yahudi sedang bersembunyi, maka bunuhla ia." Namun ada satu pokok yang bernama pokok Gharqad atau pokok yahudi yang tidak akan bersuara. Kalau nak tahu sekarang yahudi sudah pun menanam pokok-pokok ini di tempat mereka secara meluas.

Lihatlah wahai saudaraku, betapa kaum yahudi telah bersedia dan mereka telah kaji Al-Quran kita semata-mata untuk menyelamatkan diri mereka dan menghanbcurkan umat Islam. Cuba kita pergi ke kawasan pejalan kaki ataupun di sekolah-sekolah dan bertanyakan tentang pokok Gharqad ini. Pasti tak ramai yang tahu. Tapi kalau tanya siapa menang AF8 pasti lebih ramai yang tahu. Tahukah kalian bahawa AF itu merupakan petanda kiamat di mana semua orang mahu jadi popular.

Oleh itu bangkitlah wahai saudaraku. Takkan kita nk tunggu Isa turun  baru kita mampu menentang Yahudi? Ingatlah pada masa itu kiamat sudah sangat-sangat menghampiri kita. Muhasabah la diri kita. Fikirkan apa bezanya kita dengan umat Islam di zaman Nabi Muhammd S.A.W dan para sahabat? Tepuk dada tanya iman. Hentikanlah perkara yang melalaikan dan dekatlah diori dengan Allah. Insya Allah, kita akan dibantu dalam perjuangan ini oleh-Nya.





Thursday, 15 April 2010

Kekasih Yang Tersayang

Sengaja aku mnggunakan huruf bsar tuk "Dia" krn Dia mmberi mkna yg besar dlm hidup ku.

Selama ini aku xsedar bahawa Dia dkt ngn aku sbnrnya. Masih tercari-cari yg jauh2 pdahal Dia berada sngt dkt dgn aku dan sntiasa mnmani aku sepanjang masa. Aku gembira mmpunyai kekasih spt Dia. Dia sngt mncintai aku. Aku pon sgt mncintai Dia.

Dia sntiasa mngingati akn aku dan xprnah lupa kt aku wlau sesaat. Cuma aku je yg kadang2 lupa kt Dia.Tp Dia tetap sygkn aku. Aku rse bhgia sngt. Kdang2 aku tringt kt Dia tgh2 mlm dan aku trus hbngi Dia, Dia sntiasa mnjawab pnggilan aku tnpa mngira waktu. Dikala aku dlm kesusahan, Dia lah yg mnolong aku, mententeramkan aku. Tatkala aku dlm kesenangan, Dia lah jugak yg mngingatkn aku dan mnyedarkan aku. Aku sngt bersyukur dan syg sngt padaNya.

Dia tak sama spt insan2 yg aku prnah kasihi sblm2 nie. Dia jauh berbeza sekali. Sngt mulia bagiku. Dia lah cinta ku dunia akhirat. Hidupku hanya tuk Dia. Aku sngt berharap yg aku xkn berpisah dgn Dia. Bg aku, tnpa Dia aku xkn wjud di dunia ini kerana Dia lah yg mnciptakan aku dan mmg takdir tuk aku mncintai Dia shj. Tiada yg len slain Dia yg satu. Aku sayang sngt kt Dia.

Tuesday, 13 April 2010

Cinta

Istilah cinta adalah sesuatu yang sangat relatif. Tidak dapat diberikan definisi yang tepat tentang istilah tersebut. Namun kita semua pasti tahu bagaimana rasanya. Di sini mahu saya kupaskan apa yang kita rasa dah peroleh dengan cinta terhadap sesuatu.

#1. Cinta kepada benda.
Setiap manusia pasti pernah memiliki atau menyimpan barang kesayangan mereka. Sesuatu barang itu menjadi berharga kepada seseorang apabila ia mempunyai significanttertentu kepada orang tersebut. Namu cinta sebegini tidaklah kekal selamanya. Hal ini demikian kerana tidak ada barang yang boleh kekal selamanya dan hati manusia pun sentiasa berubah. Contohnya, sewaktu kecil, kanak-kanak pasti memiliki permainan kesayangannya dan akan bermain dengan mainan tersebut setiap hari. Tapi apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa, cintanya terhadap benda tersebut tiada lagi. Kesimpulannya, cinta kepada benda tidak kekal.

#2. Cinta kepada manusia.
Lumrah kejadian manusia mempunyai daya tarikan terhadap satu sama lain terutamanya antara berlainan jantina. Perasaan sayang dan kasih itu hadir melalui pergaulan dan interaksi sesama manusia. Ada berbagai jenis cinta sesama manusia ini seperti cinta sesama keluarga, cinta kepada ibu bapa , cinta kepada kanak-kanak. Adapun begitu tedapat banyak sebab lahirnya perasaan cinta itu. Antaranya ialah cinta kerana kesempurnaan seseorang itu, kerana harta dan kecantikan yang dimilik, kerana perngorbanan dan jasa serta berbagai lagi. Namun perlu kita ingat sebaik-baik cinta sesama manusia adalah kerana iman dan akhlaknya.

#3. Cinta kepada Pencipta.
Alam yang tersergam indah ini tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa kekuasaan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Sedangkan Newton sendiri mengakui dalam teori gravitinya menyatakan kejadian fenomena alam ini tidak akan terjadi dengan sendiri melainkan dikawal oleh kuasa yang lain (Allah hul azim). Dalam Islam, cinta yg hakiki ialah cinta seorang mukmin kepada Allah. Tetapi persoalannya bagaiman kita nak bercinta kepada sesuatu yang tidak kita nampak? Cinta kepada Allah tidak jauh bezanya dengan cinta kepada seorang kekasih. Apabila kita terlalu sayang kepada seseorang itu, kita akan melakukan apa saja untuknya. Begitu juga cinta kepada Allah, kita akan menurut semua perintah-Nya dan meninggalkan segala Larangan-Nya. Dan semanis-manis iman seseorang itu ialah seolah berasa diperhatikan oleh Allah akan semua perlakuan kita dan rasa nikmat dan seronok beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya cinta kepda Allah lebih baik daripada cinta kepada sesuatu yang lain kerana makin kuat cinta kita kepda Allah, makin dekat kita kepada-Nya dan makin utuh iman kita. Allah juga akan membalas segala cinta kita dengan keredhaan dan rahmat dari-Nya. Tidak lupa nikmat yang terbesar sekali iaitu janjian syurga.


Sebenarnya ada banyak lagi bentuk-bentuk cinta yang boleh dikupaskan tapi cukuplah dengan tiga ini untuk membandingkan yang mana patut didahului. Sesungguhnya cinta kepada benda tidaklah akan kekal selamanya kerana semuanya bersifat sementara. Manakala cinta kepada manusia bergantung kepada niat dan tujuan asalnya. Jika tujuan nya jelas dan baik, insya allah akan berkekalan, begitu juga dengan sebaliknya. Walhal bercinta dengan Allah memang tiada tolok bandingannya. Kita memperoleh pelbagai faedah dan kebaikan dengan cinta tersebut.
Jadi renung-renungkanlah...




Wednesday, 3 December 2008

Kisah Kristian Memeluk Islam

Semoga yg terbaca ni dpt tau yg mane baik dan mane yg buruk. Insya Allah..

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di
Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi
seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan, usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam
yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam
bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).

"Cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehkah saya ke rumah cikgu...?"

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan.

"Cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya".

Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya:-

Mengapa orang Islam sembah kaabah?
Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad?

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang
Islam suka peperangan?

-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu
mana yang asalnya?

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan
dosa manusia lain?
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.Disamping mengulangkaji, saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang
berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,

"Mengapa Johanis? Awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,

"Cikgu Islamkan saya........."

Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di
Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah.

Sampai di rumah,saya lihat pakaian say a bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala
Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. Saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita bahawa ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah. Saya terus menangis. Saya pejamkan mata. Saya bayangkan ayah dihadapan. Saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama. Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.


Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang
pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat
dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,

"You apa tahu?Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat
Islam.

Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,siapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling
bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk
memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.

Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid.
Baca Al-Fatihah 1x,
Yasin 1x,
3 qul 1x,
Dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.
InsyaAllah…

Saturday, 5 July 2008

Brownies...

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”
Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”
“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”
“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”
Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.
Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”
Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.
“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”
“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.
“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”
“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.
“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”
Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.
“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.
“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”
“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”


“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.





Friday, 4 July 2008

Tanda-tanda Kecil Hari Qiamat

Firman Allah Ta'ala yg bermksud;

"..tidak ada yang mereka nantikan selain dari saat yang datang dengan tiba-tiba (KIAMAT) kepada mereka. Seseungguhnya tanda-tandanya telah datang. Tetapi apakah erti kesedaran mereka itu, jikalau saat yang dinanti-nantikan itu telah tiba.."


1. Diutuskan Nabi Muhammad S.A.W sbg rasulullah yg terakhir.
2. Golongan pemerintah (raja2, menteri2, amir2, ketua2) adalah dari golongan rendah yakni bukan dari keturunan mulia;baik pendidikan;luhur akhlak;sempurna kepimpinannya.
3.Banyak kaum Dajal,tukang berdusta yg mengaku bahawa dirinya adalah Rasulullah. (Kaum Dajal misalnya golongan Qadiani dan Baha-i)
4. Ilmu pengetahuan lenyap di muka bumi. (mksudnya ialah ramai org alim ulama agama telah wafat)
5. Berlaku banyak kegoncangan(brmksud banyak peristiwa2 berat yg ditanggung oleh umat mnusia spt tsunami,gempa bumi, dan taufan)
6. Zaman berdekatan sekali.(jarak2 yg berjauhan dpt dihubungkn dlm mse yg singkat)
7. Banyak timbul fitnah.
8. Banyak haraj. (pembunuhan)
9. Banyak harta sampai melimpah ruah.
10. Mnusia berlumba-lumba dan bermegah-megah membina bngunan yg tinggi-tinggi.
11. Mnusia berkejar-kejaran menjadi popular.(spt dlm kebanyakn rncangn realiti)


Dari Anas R.A bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yg bermksud;

"..Saya diutus(oleh Allah) dan jaraknya dengan hari kiamat itu sebagai dua jari."
Related Posts with Thumbnails