Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

Friday, 2 December 2011

Malaysia menang bola sepak SEA Game 2011


Pertama sekali saya ingin ucap tahniahlah kepada pasukan U23 Malaysia sebab telah merangkul emas dalam perlawanan menentang Indonesia. Harap korang dapat terus maju lagi dan lebih baik daripada yang sekarang ini. Bila cerita pasal bola Malaysia vs Indonesia, orang selalu akan cerita pasal masalah penyokong Indonesia yang radikal dan ganas tu. Tapi benda tu dah selalu sangat cerita dan alhamdulillah perlawanan td penyokong2 agak sopan. Tak ada sebarang gangguan yang berlaku. Jadi saya taknak cerita pasal tu sebaliknya saya nak cerita pasal perlawanan tu sendiri.

Pada saya perlawanan tu tidak sepatutnya sampai ke penalti. Malaysia boleh menang lebih awal lagi begitu juga dengan Indonesia, mereka patut boleh menang atas sebab kelebihan tertentu. Kenapa saya cakap macam tu? Memang la setiap game mesti ad satu pasukan yang menang dan ada yang kalah. Jadi kenyataan saya tu agak pelik.

Saturday, 17 April 2010

Bola Sepak Malaysia Pupuk Semangat Kenegerian?

Pd 16 April (Jumaat) saya bersama tiga lagi rakan telah ke Stadium Melawati Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan Liga Super antara Selangor dan Perak. Secara keseluruhannya memang terhibur walaupun pada babak permulaan perlawanan agak hambar sebab pemain-pemain semua sperti 'baru bangun tidur'. Walaubagaimanapun perlawanan pada separuh masa kedua tidak mengecewakan kami semua. Perlawanan berakhir dengan kemenangan mutlak buat Selangor, 4-1.

Apa yang ingin saya kongsikan bukanlah mengenai perlawanan tersebut. Tetapi ingin saya kupaskan di sini ialah berkenaan isu yang agak sensitif iaitu semangat kekitaan atau kenegerian. Benarkah dengan menonton bola sepak ini boleh mewujudkan perasaan kenegerian tersebut? Apa yang saya lihat sepanjang perlawanan ini, para penyokong saling kutuk-mengutuk dengan penyokong pihak lawan. Walaupun kali ini tidak begitu ketara kerana perlawanan ini boleh dikatakan agak bersih (tidak ada kontroversi), tetapi masih ada juga sebilangannya.

Malahan hal ini terjadi juga antara kami berempat. Selepas saja tamat perlawanan kami berborak mengenai perlawanan tersebut menerusi facebook. Mulanya hanya berniat untuk gurauan tiba-tiba menjadi panas kerana ada yang merasakan gurauan itu sangat sensitif. Kemudian membalas balik dengan hujah-hujah tertentu. Hal ini membuatkan saya terfikir mengapa perkara sebegini boleh berlaku. Adakah memang sudah menjadi adat bila bercakap pasal bola semua perkara boleh jadi sensitif? Daripada kawan baik boleh jadi musuh disebabkan berbeza pendapat mengenai bola sepak. Atau adakah ini semua kerana fanatik yang teramat sehingga mudah terasa apabila diperkatakan tentang sesuatu isu?

Kemudian saya pun terfikir sama ada perkara ini turut berlaku jugakah di Eropah seperti England, Sepanyol dan Itali? Adakah wujud semangat kenegerian apabila mereka bercerita tentang bola sepak? Saya rasa ya ada tapi mungkin segelintir sahaja. dan ianya tidaklah seteruk seperti yang berlaku di Malaysia.

Bagi saya hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana bola sepak pada saya cuma satu permainan dan juga hiburan untuk orang ramai. Jadi tidaklah menjadi hiburan lagi jikalau wujud persengketaan atau perselisihan antara kita semua hanya kerana menyokong kelab bola sepak yang berbeza. Ya tidak salah untuk kita mem-'buu' atau bersorak sewaktu perlawanan berlangsung. Tetapi tidak perlulah terbawa-bawa sehingga selepas perlawanan tersebut. Saya harap perkara ini tidak menjadi serius kerana ia sangat memudaratkan. Kita sebagai rakyat Malaysia dan sempena seruan gagasan 1Malaysia perlulah menjadi lebih bijak dan sedar tantang hal ini.

Jadi renung-renungkanlah...
Related Posts with Thumbnails