Friday 2 March 2012

Bolehkah seorang berkelulusan phD mengajar budak sekolah rendah?

Baru-baru ni, saya kerap tonton video-video ustaz azhar idrus(UAI) kat youtube. pastu jumpa pula link-link ustaz fathul bari(ulama' umno katanya) membidas segala kesilapan-kesilapan ustaz azhar idrus. Saya tak nafikanlah segala hujah-hujah yang dilontarkan oleh ustaz fathul bari(UFB) tu. Ada benarnya hujah-hujah beliau tu dan saya yakin betul la sebab dia pun ilmuwan yang berkelulusan tinggi(phD).


Apa yang menariknya, video-video hujah UFB ni diupload oleh seorang saja yang bernama abu aqif(bukan nama sebenar). Lepas tu saya usha la jugak video-video lain yang dia upload. Rata-ratanya berkenaan dengan kesilapan-kesilapan UAI. Dari situ saya lihat seolah-olah dia ni macam tak suka dengan UAI. Maklumlah orang kalau dah tak suka dengan seseorang dia nampak yang tak elok saja.




Antara isu yang dia bangkitkan melalui video-video nya ialah adab berdakwah oleh UAI. Pada sesiapa yang pernah mengikuti ceramah beliau, mestilah tahu bahawa bahasa yang beliau gunakan memang agak kasar sedikit. Tapi perlu ada toleransi la. UAI ni beri ceramah agama bukan buat sesi kutuk mengutuk. Penggunaan bahasa pasar tu bertujuan untuk menghiburkan pendengar dan membuatkan pendengar lebih berminat dan rasa dekat dengan beliau. Banyak dah ustaz-ustaz kat Msia ni yang cakap macam tu, tidak terlalu formal. Tambahan lagi tengoklah pendengar-pendengar dia, orang-orang kampung, bukannya ahli-ahli korperat atau menteeri-menteri. So memang sesuai la dia guna bahasa macam tu.

Kedua isu pasal hujah yang diberikan tidak ada bukti. Abu aqif dia complain yang UAI ni men cakap saja tapi bukti langsung tidak ada atau tak lengkap. Dia ni tak fikir. Orang yang diberi ceramah tu bukan nya cendekiawan-cendekiawan atau golongan cerdik pandai. Kalau dia beri contoth hadis dengan sanad-sanad yang panjang-panjang pon bukannya pendengar tahu sangat. Tapi apa yang penting ialah isi hujah tu. Setakat ni belum lagi dengar yang UAI ni beri ceramah bohong belaka. Semuanya betul tak bercanggah dengan syariah. Mungkin ada sesetengah perkara jela yang ada cacat cela sikit. Maklumlah beliau pon manusia biasa.

Jadi analoginya sini UAI ni samalah seperti cikgu sekolah rendah yang mengajar budak-budak sekolah rendah yang tak berapa mahir dan tahu tentang ilmu agama. Dia mengajar  dengan ringkas dan tak terlalu mendalam supaya muridnya boleh faham dengan mudah. Kalau UFB pula dia lebih kurang macam pensyarah universiti. Dalam ceramah beliau, hujah-hujahnya sangat terperinci dan teratur. Bagi orang yang cerdik pandai mungkin boleh faham. Tapi kalau orang-orang kampung dan anak-anak muda yang serba tak tahu ni mungkin berasa ceramah beliau agak bosan. So alam hal ni tak ada siapa pun yang salah. Terpulanglah nak pilih yang mana kita rasa sesuai untuk kita. Apa yang penting bukan gaya penceramah tapi isi ceramah itu. Wallahualam..

No comments:

Related Posts with Thumbnails