Thursday 8 November 2012

Upgrade, Upgrade and Upgrade.

Aku nak cerita pasal upgrade ni bukanlah berkaitan pasal komputer ke hardware ke apa. Tapi tentang permasalahan suami isteri dalam rumah tangga. Sebelum ni aku ada terbaca kisah seorang suami yang selfish tahap what the fish kat satu blog. Dia pm kt perempuan yang dia minat kat facebook beritahu bahawa dia dah tak suka kat bini dia sebab gemuk, hodoh dan tak memuaskan nafsu dia. Kalau korang berminat nak baca, klik sini .


Blogger tu menyatakan pandangan dan respon dari perspektif wanita. Tak kata lah pandangannya salah. Betul la apa yang dihuraikan oleh blogger tu. Memang sadis kalau ada seorang suami yang buat perangai macam tu. Kalau ye pon tak suka at least terus terang dan cubalah ikhtiar sesuatu. Bawak berbincang dengan si isteri tu. Bukannya pergi report kat perempuan lain yang tak ada ikatan dengan keluarga langsung.

Bagi aku lah sebagai seorang lelaki, aku tak nafikan setiap lelaki mesti akan ada perasaan macam tu. Even yang belum kahwin pon, yang duk tengah gatai couple2 ni pon ada masalah macam tu. Lelaki ni, aku tak tahu lah memang lumrah ke genetik ke pengaruh luar ke, kebanyakannya ada perasaan ingin upgrade atau menambah baik.

Sebagai contoh, pasangan couple, yang belum berkahwin, mula2 cakap2 thru phone, lepas tu jumpa dating2 kt mall. Then bila dah lama couple, terasa nak pegang tangan. Yang si perempuan ni sebab dah gila bayang ngn jantan tu, relakan jela. Bila dah selalu pegang tangan, rasa nak upgrade lagi, meraba pulak. Sebulan dua, dah rasa jemu raba, timbul lah keinginan nak tebuk. Kalau daripada pegang tangan sampai menebuk tu semua dia dapat, akan timbul la rasa jemu dan lepas tu clash. Habis cerita, padan la muka si perempuan tu, hero dikejar melepas, anak pulak yang terpaksa dikendongkan. Haha..


Hal upgrade ni bukannya masalah besar sangat sebab ia bergantung pada pendirian diri si lelaki tu. Ada setengah orang boleh kawal, ada pula orang memang jenis tak tahan. Tengoklah artis tanah air kita sendiri macam Nora Danish tu. Badan mantap, suara pulak jenis manja2 kucing gitu. Ramai jantan2 kat luar tu teringin kat dia. Sampai cikgu sekolah aku sendiri yang dah ada anak bini pun minat kat dia. Tapi kenapa boleh bercerai jugak? Kalau difikirkan macam bodoh je tindakan si bekas suami Nora, Jejai tu.



Tapi aku ada baca yang si jejai tu memang dulu sebelum kahwin ngn nora, dia memang tengah bercinta dengan fasha sandha. Orang kata mungkin sebab tu la dia bercerai dan nakkan fasha tu. Memang la fasha tu lawa, tapi kalau ikut aku la, antara fasha dengan nora tu, better nora lagi kot. Haha, entahlah. So assumption aku ialah mungkin si jejai ni dah jemu la ngan nora. Tak ada benda boleh diupgradekan lagi kot.


Ok, berbalik kepada cerita lelaki bodoh tadi, dia ni aku rasa ada rupa tapi dari segi ekonomi sengkek sikit la kot. Kalau dia dah tak suka dengan bini dia yang gemuk tu, suruh la bini dia pegi buat rawatan bagi kurus. Pasal tak reti puaskan nafsu tu, beli lah cd2 kamasutra ke apa suruh si bini tu belajar teknik2 puaskan nafsu tu. Pastu makan jamu rapat selalu.

Ini tidak, tak puas dengan isteri, cari perempuan lain. At least ajak la berbincang dengan si isteri tu dulu. Dah nama pon masalah suami isteri, setel sendiri2 sudah. Tapi kalau si isteri tu bebal tahap moksya takmau berubah tu logik la jugak kan nak curang. Haha...


So kesimpulannya di sini, untuk lelaki/suami, bersyukur la dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah dan kalau ada masalah dengan isteri bincang sesama sendiri, jangan libatkan orang ketiga walaupun keluarga kita sendiri. Dan untuk wanita/isteri jangan fikir bila anda sudah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan anda, anda sudah selamat. Sentiasa la bersikap kreatif dan selalu la upgrade-kan diri anda dari masa ke semasa untuk menambat hati suami. Sekian..

No comments:

Related Posts with Thumbnails