Tuesday 20 November 2012

Bukan semua mengadu itu domba.

Cam pelik je title tu. Haha.. Korang mesti penah dengar kan dalam Islam, mengadu domba itu termasuk dalam kategori dosa besar. Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab An-Namimah. An-Namimah berasal dari perkataan An-Namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.


Jadi disini ada beza maksud sebenarnya antara mengadu masalah dengan mengadu tentang orang lain. Islam larang kita mengadu tentang kesilapan atau kesalahan orang kepada orang ketiga. Atau dengan maksud yang lebih jelas, dosa besar bagi seseorang yang suka report2 tentang keburukan orang lain kerana boleh menimbulkan perpecahan dan perbalahan. Contoh orang2 yang mengadu domba ni ialah balaci. Balaci ni kerja dia nak report je sepanjang masa kepada tuan dia tentang keburukan atau kelemahan orang lain. So jangan la jadi balaci ye, dosa besar tu.

Kalau kita mengadu tentang masalah kita kepada orang lain pula, itu tidaklah termasuk dalam skop An-Namimah ni. Sebab konteks mengadu disini adalah untuk meminta bantuan penyelesaian, bukannya memberi hasutan atau menimbulkan pergaduhan. Jadi benda ni baik sebenarnya sebab kita sebagai manusia, bukan semua benda kita mampu hadapi. Ada sesetengah perkara orang2 tertentu sahaja yang boleh menanganinya.

Oleh yang demikian apalah salahnya untuk kita mengadu kepada orang yang lebih arif tentang masalah kita tu. Cumanya jangan lah terlalu bergantung pada orang lain sangat, lama2 nanti orang pun naik meluat. Kekadang perlu lah kita usaha sendiri dulu, kalau dah buntu sangat barulah kita minta bantuan.

Dalam konteks hubungan sesama manusia pulak macam institusi keluarga dan sebagainya, mengadu ni memainkan aspek penting dalam mengukuhkan hubungan yang sedia ada.  Sebagai contoh, si isteri mengadu pada si suami. Kadang2 benda2 yang diadukan tu remeh temeh je macam berat badan dah naik, jari sakit melecur sebab minyak merecik masa goreng telur ataupun si isteri tu dah sembelit dua tiga hari jadi risau dan macam2 lagi. Bagi si suami haruslah tahu yang aduan tu walaupun remeh tapi jangan lah abaikan macam tu aje. Haruslah dia menangani dengan bijak.



Sebagai lelaki, kenalah korang tahu yang perempuan ni memang suka mengadu dan sebab dia mengadu tu pun bukannya nak mintak penyelesaian masalah sangat pon. Tapi sebaliknya mahu bermanja dan nak kita jadi pendengar yang baik. Kita harus rasa happy bila perempuan mengadu masalah kat kita sebab disitu kita nampak yang perempuan tu percaya pada kita dan akan memberi sokongan atau dorongan kepada dia dengan baik.


Oleh itu jadilah lelaki yang gentleman and handle it wisely. Jangan kejap2 nak melenting or tak ambil kisah sangat pasal tu. Itu je yang aku nak share, panjang2 nanti lagi meluat lak nak baca kan. Haha... Peace~

No comments:

Related Posts with Thumbnails