Friday 2 December 2011

Malaysia menang bola sepak SEA Game 2011


Pertama sekali saya ingin ucap tahniahlah kepada pasukan U23 Malaysia sebab telah merangkul emas dalam perlawanan menentang Indonesia. Harap korang dapat terus maju lagi dan lebih baik daripada yang sekarang ini. Bila cerita pasal bola Malaysia vs Indonesia, orang selalu akan cerita pasal masalah penyokong Indonesia yang radikal dan ganas tu. Tapi benda tu dah selalu sangat cerita dan alhamdulillah perlawanan td penyokong2 agak sopan. Tak ada sebarang gangguan yang berlaku. Jadi saya taknak cerita pasal tu sebaliknya saya nak cerita pasal perlawanan tu sendiri.

Pada saya perlawanan tu tidak sepatutnya sampai ke penalti. Malaysia boleh menang lebih awal lagi begitu juga dengan Indonesia, mereka patut boleh menang atas sebab kelebihan tertentu. Kenapa saya cakap macam tu? Memang la setiap game mesti ad satu pasukan yang menang dan ada yang kalah. Jadi kenyataan saya tu agak pelik.



Apa yang dimaksudkan ialah kebarangkalian untuk menang dalam perlawanan ini adalah sangat tinggi tapi terlepas sebab mungkin terlalu lambat atau tidak perasan langsung akan peluang ada tu. Bagi Malaysia, kenapa saya kata mereka patut boleh mengesahkan kemenangan pada awal-awal babak lagi adalah kerana banyak peluang-peluang yang mudah untuk gol tapi telah dipersia-siakan begitu saja. Pada pendapat saya Malaysia patut boleh sumbat 2 atau 3 gol lagi pada perlawanan ini. Tapi atas sebab kelemahan penyerang, peluang itu tak dapat direbut. Sayang sungguh! Saya harap jurulatih pasukan Malaysia patut latih lagi para pemain terutamanya di bahagian penyerang. Supaya di masa depan nanti kita boleh menang dengan lebih bermaruah dan bukan menang nasib dengan penalti lagi.

Untuk Indonesia pula, mereka juga patut boleh menang sebab penyerang mereka semua hebat-hebat. Sebaiknya mereka mahu dapat score mudah dengan mendapatkan foul berdekatan dengan gawang gol Malaysia. Saya dapati banyak foul yang diperoleh adalah sebab diving dan lakonan semata-mata. Padahal kalau mereka bersungguh-sungguh main tanpa perlu melakukan aksi diving pasti boleh gol. Mungkin mereka agar gentar dengan kehebatan penjaga gol Malaysia kot. Jadi penalti adalah satu-satunya cara untuk mereka peroleh gol.

Terus-terang cakap saya tak enjoy sangat perlawanan ini sebab tidak menonjolkan permainan yang tulen dan berkualiti. Walaupun sengit sehingga berlanjutan ke sepakan penalti tetapi perlawanan agak hambar. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada Malaysia dan untuk Indonesia cuba lagi lah ye. Peace~

No comments:

Related Posts with Thumbnails