Monday 21 November 2011

Nak popular tak semestinya kena masuk tv

Fenomena baru sekarang ni, ramai rakyat Malaysia mula meniru orang-orang Amerika buat video blog di Youtube . Fenomena ni dah jadi macam satu budaya dan menariknya ramai jugak peminat2 mereka ni.


 Kalau dulu bidang seni terbahagi kepada dua iaitu 'mainstream' dengan 'underground'. Kalau mainstream tu ialah artis2 yang terikat kontrak dengan mana2 syarikat rakaman. Jadi tak semua orang yang boleh menyanyi akan jadi artis syarikat rakaman atas sebab2 tertentu seperti tak ada rupa, personalti tak menarik dan macam2 lagi. Jadi mana2 artis yang kena 'reject' ni akan masuk underground sebab tak perlu buat perjanjian dengan siapa2, hanya perlu buat lagu sendiri, nyanyi sendiri kemudian promo sendiri.


Tapi sekarang tak payah susah2 lagi nk buat lagu sendiri dan promo. Hanya dengan buat cover lagu artis lain dekat youtube pon sudah cukup. Tapi syaratnya mesti suara kena betul2 sedap laa baru boleh famous. Bila dah top nanti ada lah mana2 syarikat rakaman yang berminat nak jadikan dia artis. Nampak senang gila kan nak jadi artis? Tak payah keluar modal banyak pon.

Kalau dekat Amerika tu lagi la dasyat. Jadi artis Youtube buat cerita tah apa2 je pon boleh jadi kaya. Tapi yang peliknya kenapa semua orang mahu pergi ke arah tu? Seolah-oah semua orang nak famous dan dikenali ramai. Memang betul sabda Rasulullah iaitu antara tanda kecil datangnya Qiamat ialah ramai orang mahu jadi terkenal.

Andaikata seseorang itu terkenal sebab ilmunya atau kepakarannya tu tak apelah. Ada jugak faedah kepada alam sejagat. Tapi manusia sekarang lebih condong untuk terkenal dalam bidang hiburan. Sampaikan ada anak2 muda zaman sekarang ni yang sanggup mahu berhenti belajar sebab nak jadi artis. Jadi siapa yang patut disalahkan ni? Ibu bapa? Masyarakat? Pemimpin? Atau puak Yahudi dan Nasrani?

Kesimpulannya, nak popular tak semestinya kena masuk tv. :p Kalau nak tips macam mana nak popular kat youtube jangan tanya saya sebab saya pon tak tahu. Hehehe.. Sekian.


Buat cam ni pon boleh famous. Haha...

No comments:

Related Posts with Thumbnails