Friday 18 January 2013

Ilmu Lebih Utama Daripada Ibadah?

Korang mesti pernah dengar pasal hadis Rasulullah yang berbunyi lebih kurang begini,


"tidur seorang alim lebih baik dari ibadah solat seorang jahil”

Aku ni bukanlah pakar hadis atau belajar ilmu quran sunnah kat sekolah dulu. So aku tak boleh la nak justifikasikan kesahihan hadis ni. Dah cuba cari tapi tak jumpa sanad dan matan hadis yang sebenarnya. Hadis ni dikuatkan lagi dengan satu lagi hadis iaitu,
"Solat dua rakaat orang alim lebih baik daripada seribu rakaat solat orang jahil"

Jadi ada sesetengah golongan manusia ni berfikir, tak adillah kalau macam tu. Terlampau mulia sangat orang berilmu/alim(mengetahui) sampai tidur pon lebih baik daripada solat. Sedangkan solat tu kan perkara wajib. Dan bagi golongan-golongan yang berfikiran begini harap bertaubatlah dan pohon keampunan daripada Allah.

Hal ini demikian kerana Allah itu maha adil. Tidak ada perancangan yang dirangka oleh Allah itu cacat dan berat sebelah. Kalau tidak tak akan wujudlah istilah 'karma' dan quote 'What u give is what you get'. Kedua kalau anda jahil dalam sesuatu kerja yang anda lakukan, tidakkah kerja itu jadi sia-sia?


Fokusnya disini ialah penting menuntut ilmu itu. Dan perlu diingatkan menuntut ilmu itu juga salah satu daripada ibadah. Malah tingginya darjat ilmu itu sehinggakan baik jika seseorang itu menuntut ilmu daripada berzikir. Kalau ikut hukum, berzikir (mengingati Allah) itu hukumnya sunat, manakala menuntut ilmu itu adalah fardhu. Ilmu agama dan asas fardhu ain adalah wajib dipelajari oleh semua manusia yang beragama Islam, tidak ada pengecualian. Manakal ilmu duniawi seperti ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan perniagaan hukumnya fardhu kifayah iaitu wajib keatas sebahagian golongan dalam satu masyarakat.


Berbalik kepada hadis di atas, tidak bermaksud la orang yang berilmu ini terlepas daripada tanggungjawab melakukan ibadah khusus (solat,puasa dan sebagainya) asalkan dia terus menerus menuntut ilmu.Maksud tidur dalam keadaan berilmu ini sebenarnya ialah seseorang yang tidur, dalam keadaan dia tahu bahawa tidur itu adalah yang terbaik. Bukanlah tidur 24 jam. Itu melampau sangat. Aku tahu, ramai budak2 remaja especially budak2 asrama penah buat macam ni time weekend. Haha..

Bagaimana pula dengan orang yang jahil dalam solatnya itu? Jahil di sini beerti dia tidak tahu hukum hakam serta kaifiat sebenar dalam solatnya seperti perihal toma'ninah, bacaan Al-Fatihah dan lain2. Analoginya disini samlah seperti orang yang tak reti bawak kereta tapi ingin memandu. Kesudahannya samada kereta tu tak jalan langsung atau terbabas masuk parit ke apa. Haha.. Sebab tu lah dikatakan ibadah tu jadi sia-sia.

Tapi sekeji-keji manusia pula ialah orang yang berilmu , tahu cara nak menunaikan solat dengan betul, tapi sengaja meninggalkan solat. Golongan ni lebih teruk daripada orang-orang yang jahil itu tadi.


Jadi harap dapatlah kita pelajari sedikit sebanyak disini tentang pentingnya menuntut ilmu itu dan janganlah pulak kita tergolong dalam golongan keji tersebut. Belajarlah dahulu terutamanya perkara fardhu ain sebelum melakukan sesuatu ibadah agar ibadah tersebut dapat dilakukan dengan sempurna dan tidak menjadi sia-sia. Sekian~

P.S.: Oh btw post ni tercetus selepas aku dapat tahu pasal kisah UiTM Lendu tu. Lepas tu aku baca la kisah berkenaan hadis ni. ni linknya kalau korang nk tahu, klik sini



No comments:

Related Posts with Thumbnails