Friday, 11 January 2013

VLOG... -_-"

VLOG atau video blog dah macam jadi trend anak2 muda sekarang ni. Aku taknak bukak skop secara global la sebab banyak sangat nak ceritanya. Aku just nak komen pasal budak2 vlogger kat Malaysia ni jelah. Kalau korang nak taw vlogggers dengan youtubers ni adalah dua golongan yang berbeza ye. Maksud sebenar mat2 dan minah2 vlogger ni adalah mereka2 yang cakap sorang2 depan kamera lepas tu post kt internet bagi orang tengok. Kalau youtubers pulak adalah golongan yang buat video atau sketch atau short film untuk tontonan orang ramai kt internet/youtube. Contoh "celeb" vlogger dari malaysia ni ialah macam MatLuthfi, MariaElena, AnwarHadi dan ramai lagi. Manakala youtubers pulak iaitu geng2 yang suka buat sketch or short film ialah KyoPropaganda, Faradyable dan lain2.


Oh okay maybe aku silap tapi malas nak adjust balik statement aku tu so aku explain kat perenggan ni jela. Mereka2 semua tu youtubers iaitu orang-orang yang post video untuk tontonan orang ramai di utiub. Tapi tak semuanya vlogger iaitu orang yang cakap depan kamera tu. Haha, pening.

So point kat sini aku bukan nak bash atau puji atau mengagungkan diorng-diorang ni. Diorang memang dah feymes pon, jadi agak pointless la kalau aku nak komen apa-apa pasal diorang. Tapi aku nak mengomen pasal budak2 yang nak ikut jejak langkah diorang-diorang ni. Setelah cukup dalam aku menyelam dalam Youtube, ada la beberapa vloggers yang aku jumpa tapi tak se-feymes diorang-diorang di atas. Ada yang okla, ada yang tah pape dan ada jugak yang memang sampah s**t.


First impression aku kat vlog noobies ni ialah apa sebab nya diorang nak buat video at first place? Adakah untuk seronok2 syok sendiri atau memang nak orang kutuk diorang atau memang serius nak share pendapat dan ilmu dengan orang ramai? Kalau sekadar nak suka2 tu, nasihat aku hentikanlah. Buang masa saja. Banyak lagi benda berfaedah kau boleh buat daripada duk memalukan diri, keluarga dan juga negara (maklumlah semua orang satu dunia boleh tengok kan). Ataupun korang balik kepada blog dan tulis lah apa korang nak macam aku buat ni.

Bagi yang memang teringin dan bercita-cita nak jadi vlogger tu aku tak larang, boleh buat tapi at least belajar la dulu benda2 yang penting dalam menerbitkan satu video yang menarik dan tidak menjatuhkan maruah diri sendiri. Aku ni bukan la pakar sangat dan kreatif tuk bikin vlog tapi tahu la serba sedikit tentang cara2 nak ber-vlog.

Benda basic sekali ialah ada tajuk dan skrip. Nampak macam leceh tapi penting sebenarnya tuk ada skrip. Korang kena plan apa yang korang nak cakap supaya tak ada la orang rasa bosan dan kau merapu meraban banyak sangat. Dan jugak dalam pemilihan tajuk tu biarlah kena dengan diri kau dan bersesuaian untuk orang tengok. Jangan la kau umur baru 13-14 tahun pergi buat vlog bincang pasal isu liwat DSAI atau pun kenapa rambut rosmah besar sangat tak padan dengan muka. Memang kena bash lah. Haha.. Biarla topic tu simple tapi menghiburkan dan memberi manfaat kepada orang ramai.


Perkara kedua pulak ialah sketch dan aturan video. Planning sketch video ni sangat penting supaya video tak bosan untuk ditengok. Mula-mula plan berapa lama video tu ko nak buat (duration). Ada orang jenis buat satu video tu, dia duduk depan kamera bercakap je dalam satu take dari mula sampai habis. Dude, kalau video lu 2-3 minit takpelah tapi kalau sampai 5-6 minit orang pon boring tengok ko bebel sorang2. Kalau muka cun tu takpelah jugak kan. Haha.. Planning sketch tu maksudnya tak semestinya kena ada cutscene korang berdrama or apa tapi plan dari segi mimik muka masa bercakap dan jugak intonasi yang menarik masa bercakap. Pastu antara point ke point tu korang bleh la cut video tu sket biar orang tahu yang ko dah abis point pertama dan nak cerita benda lain pulak.

Benda ketiga pulak ialah add effect. Benda ni optional la, tapi kalau ko nak ramai orang tengok dan cepat feymes, letak la effect macam sound effect ke, bunyi orang gelak, music, dan jugak video filter. Tapi jangan la over sangat. Sikit2 dahla ye. Kalau macam kau tengah nak cakap pasal Najib, letak la gambar najib kat dalam video kau tu. Jadi orang boleh tahu, kau cakap pasal Najib Ali bukan Perdana Menteri kita. Haha..



Last sekali sebelum korang upload, quality check. Korang cuba tengok dulu video tu dan pastikan sound n image semua cantik tak ada masalah. Lepas tu panggil bestfriend kau ke or mak bapak dan famili kau ke tengok hasil video kau tu. Sebab apa aku suruh buat camtu? Sebab ni nak jaga maruah kau lah. Kalau mak bapak kau tengok video tu pun rasa jelik dan memalukan, tak kelakar dan enjoy langsung, apetah lagi kalau orang ramai tengok kan. Biar ko malu kejap jangan seumur hidup kau malu dan orang duk mengata pasal kau kat internet.

Jadi aku harap tips2 ni membantu lah ye. Oh dan aku tak buat vlog pun walaupun aku tahu benda2 ni. Sebabnya? Aku MALAS dan tak teringin pon nak buat. Haha.. So kepada siapa-siapa yang nak buat tu, buat lah dengan betul2 dan penuh dedikasi. Lagi satu kau kenalah rajin. Jangan lepas dah penat lelah buat satu video tu, dah rasa malas nak buat lagi dah sebab leceh. Kalau macam tu perangai kau, baik tak payah buat langsung, pergilah kau main congkak dan konda kondi kat luar. Ada paham? Sekian..

Oh ni aku bagi hiburan sikit tuk korang. Jangan cucuk mata dah la ek. Haha...





No comments:

Related Posts with Thumbnails