Istilah cinta adalah sesuatu yang sangat relatif. Tidak dapat diberikan definisi yang tepat tentang istilah tersebut. Namun kita semua pasti tahu bagaimana rasanya. Di sini mahu saya kupaskan apa yang kita rasa dah peroleh dengan cinta terhadap sesuatu.
#1. Cinta kepada benda.
Setiap manusia pasti pernah memiliki atau menyimpan barang kesayangan mereka. Sesuatu barang itu menjadi berharga kepada seseorang apabila ia mempunyai significanttertentu kepada orang tersebut. Namu cinta sebegini tidaklah kekal selamanya. Hal ini demikian kerana tidak ada barang yang boleh kekal selamanya dan hati manusia pun sentiasa berubah. Contohnya, sewaktu kecil, kanak-kanak pasti memiliki permainan kesayangannya dan akan bermain dengan mainan tersebut setiap hari. Tapi apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa, cintanya terhadap benda tersebut tiada lagi. Kesimpulannya, cinta kepada benda tidak kekal.
#2. Cinta kepada manusia.
Lumrah kejadian manusia mempunyai daya tarikan terhadap satu sama lain terutamanya antara berlainan jantina. Perasaan sayang dan kasih itu hadir melalui pergaulan dan interaksi sesama manusia. Ada berbagai jenis cinta sesama manusia ini seperti cinta sesama keluarga, cinta kepada ibu bapa , cinta kepada kanak-kanak. Adapun begitu tedapat banyak sebab lahirnya perasaan cinta itu. Antaranya ialah cinta kerana kesempurnaan seseorang itu, kerana harta dan kecantikan yang dimilik, kerana perngorbanan dan jasa serta berbagai lagi. Namun perlu kita ingat sebaik-baik cinta sesama manusia adalah kerana iman dan akhlaknya.
#3. Cinta kepada Pencipta.
Alam yang tersergam indah ini tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa kekuasaan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Sedangkan Newton sendiri mengakui dalam teori gravitinya menyatakan kejadian fenomena alam ini tidak akan terjadi dengan sendiri melainkan dikawal oleh kuasa yang lain (Allah hul azim). Dalam Islam, cinta yg hakiki ialah cinta seorang mukmin kepada Allah. Tetapi persoalannya bagaiman kita nak bercinta kepada sesuatu yang tidak kita nampak? Cinta kepada Allah tidak jauh bezanya dengan cinta kepada seorang kekasih. Apabila kita terlalu sayang kepada seseorang itu, kita akan melakukan apa saja untuknya. Begitu juga cinta kepada Allah, kita akan menurut semua perintah-Nya dan meninggalkan segala Larangan-Nya. Dan semanis-manis iman seseorang itu ialah seolah berasa diperhatikan oleh Allah akan semua perlakuan kita dan rasa nikmat dan seronok beribadat kepada-Nya. Sesungguhnya cinta kepda Allah lebih baik daripada cinta kepada sesuatu yang lain kerana makin kuat cinta kita kepda Allah, makin dekat kita kepada-Nya dan makin utuh iman kita. Allah juga akan membalas segala cinta kita dengan keredhaan dan rahmat dari-Nya. Tidak lupa nikmat yang terbesar sekali iaitu janjian syurga.
Sebenarnya ada banyak lagi bentuk-bentuk cinta yang boleh dikupaskan tapi cukuplah dengan tiga ini untuk membandingkan yang mana patut didahului. Sesungguhnya cinta kepada benda tidaklah akan kekal selamanya kerana semuanya bersifat sementara. Manakala cinta kepada manusia bergantung kepada niat dan tujuan asalnya. Jika tujuan nya jelas dan baik, insya allah akan berkekalan, begitu juga dengan sebaliknya. Walhal bercinta dengan Allah memang tiada tolok bandingannya. Kita memperoleh pelbagai faedah dan kebaikan dengan cinta tersebut.
Jadi renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment